Friday, November 18, 2016

Toksin Takder, Waahh Badan Rasa Ringan jerr!!


"Puan saya mahu buat pemeriksaan mikro-peredaran darah tu boleh ka?"

"Boleh, kalau macam tu kita duduk kat sini. Ok, tuan letakkan jari telunjuk kat sini ya.." 

"Ok, sekarang tuan boleh tengok pada skrin ni. Ini adalah keadaan salur darah dalam badan kita. Kalau tengok kat sini, salur darah tuan ni agak membimbangkan ni. Sebab dah banyak salur darah tuan bengkok-bengkok. Jadi, aliran darah kurang lancar."

"Owh macam tu, yang bubble-bubble ni pula puan?"

"Yang bubble-bubble ni, adalah angin. Angin-angin ini menunjukkan yang tuan kadang-kadang lambat makan. Ini kalau dibiarkan boleh menyebabkan gastrik ni. Tuan kena jaga pemakanan, at least kena makan sikit dan jangan biarkan perut sengsara."


Pemeriksaan Mikro-peredaran darah sedang dilakukan

"Owh mcm tu, ni yang banyak  hitam bulat-bulat ni apa puan?"

"Ok, yang ini adalah toksin-toksin yang ada dalam badan, kalau kita tengok toksin dalam badan tuan ni ada banyak ya ni." 

"Owh, toksin ni macam mana boleh ada dalam ni puan?"

"Tuan merokok ke?" 

"Ya puan, kadang-kadang saya merokok sehari dua kotak" 

"Wahh, perokok tegar la ni. Tuan kerja sebagai apa ya? selalu terdedah dengan persekitaran luar ka?"

"Saya kontraktor puan, jadi kadang-kadang turun site"

"Ok untuk pengetahuan tuan, toksin ni boleh datang dari banyak cara. untuk yang dalam badan tuan ni, ia mngkin datang dari rokok yang tuan hisap dan juga udara yang tercemar. sebab tuan selalu turun site kan. Toksin-toksin ni perlu dikeluarkan sebab kalau tidak ia boleh sebabkan badan kita jadi berat, mengantuk dan malas-malas ja.."

"Owh ya memang macam tu la puan saya rasa, betis dengan badan saya selalu rasa berat ja. ada tak cara yang puan boleh suggest untuk keluarkan toksin dalam badan?"

"In Shaa Allah, ada caranya. Tuan boleh singkirkan toksin dalam badan dengan cara banyakkan minum air putih, banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan  dan paling penting hentikan merokok. Selain itu, antara cara yang paling mudah ialah minum air putih campur lemon. Itu pun cara singkirkan toksin atau detoks yang berkesan. 




Dari Mana Munculnya Toksin??


Sumber toksin dalam badan
Sumber toksin dalam badan



Antara punca toksin berkumpul dalam badan adalah daripada makanan. Ia berpunca dari penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian. 

Kesihatan tubuh anda akan menjadi lebih parah, apabila anda mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya. Ia merupakan punca utama terjadinya toksin di dalam badan.

Terdapat hadis Rasulullah “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok segala pengubatan (Hadis riwayat Al-Darimi). Selain daripada makanan, antara punca lain toksin adalah daripada :- 

  • Pemakanan ubat-ubatan kimia 
  • Merokok 
  • Pengambilan minuman keras  
  • Pemakanan yang tidak seimbang
  • Udara kotor
  • Radiasi
  • Dehidrasi dan malnutrisi 



Apa Jadi Kalau Toksin Berkumpul Di Dalam Badan?



Pelbagai masalah kesihatan akan timbul akibat daripada pengumpulan toksin di dalam badan. Antaranya, tumor, kanser, migrain dan sebagainya. Di dapati, kebanyakkan kes penyakit yang dirujuk, hampir 90% adalah berpunca daripada toksin badan.

Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus, namun, toksin telah menghalang fungsi tersebut. Toksin yang berada di dalam saluran darah akan dibawa ke pelbagai organ dan boleh merosakkannya.

Hakikatnya, pengambilan makanan yang terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping itu, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik, racun perosak dan lain-lain turut jadi penyumbang.

Jika badan terlalu berasid serta berlakunya proses penapaian di dalam usus, ia akan meningkatkan kandungan toksin di dalam badan anda. Toksin tersebut akan diserap dan melekat di dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit.


Tanda-tanda badan terlalu banyak toksin:-


1. Mata (bertindak balas dengan hati)





Tanda-tanda toksin dalam badan
Mata merah turut menandakan terdapat banyak toksin dalam badan 


  • Mata menjadi merah menandakan hati mempunyai paras toksin yang tinggi
  • Tahi mata menandakan fungsi hati lemah dan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
  • Ketegangan mata dan kelopak menandakan tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat



2. Hidung (berhubung rapat dengan paru-paru dan kerongkong)

  • Apabila selsema menandakan proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong dan badan mengandungi asid berlebihan yang mana ia akan menyebabkan suhu badan meningkat
  • Hidung tersumbat juga menandakan paru-paru kita mengandungi toksin yang berlebihan
  • Ketika bersin, proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan penyeimbangan masalah alahan hidung sedang berlaku.



3. Batuk 

  • Batuk Berkahak menandakan proses membuang toksin di bahagian kerongkong
  • Batuk tanpa kahak pula menandakan paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan
  • Batuk dan berasa gatal di kerongkong menandakan proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru,biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.



4. Kerongkong

  • Apabila kerongkong kering, proses membuang toksin sedang berlaku yang mana badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.



5. Bibir (berhubung dengan fungsi sistem penghadaman)




Bahaya toksin dalam badan
Bibir turut menjadi petanda sekiranya terdapat banyak toksin di dalam badan

  • Bibir pecah menandakan perut mengandungi banyak bahan toksin
  • Bibir pucat pula menandakan sistem penghadaman kita lemah dan perut mengandungi angin.



6. Mulut dan Lidah (berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)

  • Lidah atau gusi bengkak menandakan jantung mempunyai masalah seperti injap lemah, lemak berlebihan atau saluran koronari tersumbat
  • Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser) menandakan darah mengandungi asid berlebihan
  • Mulut berbau busuk menandakan proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan



7. Telinga (berkaitan dengan buah pinggang)

  • Telinga terasa tersumbat menunjukkan buah pinggang mengandungi toksin berlebihan

8. Kulit berpeluh

  • Peluh masin menandakan badan mengandungi lebihan asid urik
  • Peluh berbau menandakan badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan



9. Ruam dan Bisul

  • Sekiranya terdapat ruam atau bisul pada badan kita, itu menandakan badan sedang menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air



10. Kulit gatal dengan ruam




Proses penyingkiran toksin


  • Kulit gatal dengan ruam menandakan proses penyingkiran toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia



11. Kulit pecah dan berair

  • Menandakan proses pembuangan toksin yang larut dalam air

12. Buang Air Besar


  • Cirit Birit / sering Buang Air Besar: Membersihkan kotoran / keracunan dari usus besar.
  • Sembelit: Membersihkan racun dari usus kecil
  • Najis berwarna hitam: Menunjukkan proses pembuangan racun di bagian usus sedang terjadi.



Tanda tanda lain 

  • Seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap. 
  • Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengah, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
  • Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan banyak lagi.



Toksin berbahaya
Jerawat turut menjadi tanda-tanda toksin dalam tubuh banyak


Macam Mana Nak Buang Toksin??


Definisi buang toksin atau lebih popular dengan sebutan detox sebenarnya amat berkait rapat dengan sistem pencernaan dan hati manusia. Kebanyakan daripada kita menganggap detox ini hanya melibatkan bahagian pencernaan, tetapi amat penting untuk kita mengetahui bahawa organ hati juga memainkan peranan penting dalam pembuangan toksin dari tubuh badan manusia, iaitu menerusi pembuangan air kencing.

Toksin terdapat hampir di semua organ manusia, di mana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, merokok, pengambilan minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang, tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh. 

Justeru, sisa-sisa ini akan terkumpul di mana-mana bahagian dalam organ tubuh manusia.Sisa-sisa ini akan terkumpul untuk satu jangka masa dan menghasilkan toksin. Sepatutnya semua sisa-sisa ini dikeluarkan dengan cara semula jadi membabitkan dua organ utama utama iaitu hati dan usus.

Jadi kalau kita hendak pembersihan yang menyeluruh, dua organ tersebut perlu diberi perhatian kerana ia merupakan organ yang terlibat dalam pembersihan sisa toksin dari dalam badan, Antara kaedah penyingkiran toksin secara semula jadi ialah melalui perkumuhan seperti pembuangan air besar yang perlu berlaku sekurang-kurangnya sekali sehari bagi sistem pencernaan yang normal. 

Toksin mempengaruhi emosi.


Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa jika seseorang mengalami toksin berlebihan dalam badan ia bukan hanya melibatkan fungsi anatomi tubuh tetapi emosi juga. Individu akan :

  • Kerap marah-marah
  • Emosional
  • Sering tidak tenang
  • Tidak boleh duduk diam, degil, tidak yakin dengan kebersihan dan kelam kabut sekiranya lymphatic system (sistem limfa) tidak berfungsi dengan baik.



Detoks singkirkan toksin
Toksin boleh disingkirkan dengan cara melakukan proses detoks.




Cara untuk detox ?

  • Melalui senaman, ia dapat meningkatkan kadar peredaran darah dan membuang toksin berlebihan melalui peluh.
  • Pengambilan air kosong yang banyak. Pastikan anda meminum air sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari.
  • Melalui cara berurut juga ia dapat membantu mengeluarkan toksin dari dalam badan. Sebab itu antara aktiviti kaum ibu semasa berpantang adalah berurut kerana ia membantu mengeluarkan angin dari dalam badan selain dapat melancarkan peredaran darah
  • Makanan untuk detoks seperti makanan yang tinggi kandungan fiber, jus lemon, bawang putih, yogurt, apple cider vinegar. 



Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini :-

1. Pembedahan Pintasan Jantung "Bypass"

2. Herba Penawar Jantung

3. Pokok Epal Pun Mati Kalau Aliran Air Tersekat !

Monday, November 7, 2016

Betul ke kalau kurus ni takder Kolestrol ? Anda SALAH !!


Faez mengajak isterinya membuat pemeriksaan di karnival kesihatan yang diadakan di kawasan perumahan mereka. Pada mulanya, niat Faez untuk lakukan pemeriksaan kesihatan itu hanya sekadar suka-suka memandangkan pemeriksaan tersebut di lakukan secara percuma.

Tidak pernah terlintas dalam fikiran Faez untuk mempunyai tahap kolestrol yang tinggi di usia 29 tahun. Sebelum ini dia selalu beranggapan kolestrol dikaitkan dengan lemak dan berat badan yang berlebihan sedangkan dia termasuk dalam kategori seorang yang kurus.




Kolestrol Tinggi
Adakah orang kurus bebas kolestrol tinggi ??



Ternyata sangkaan Faez mengenai kolestrol adalah SALAH!!

Selesai pemeriksaan dilakukan, bacaan tahap kolestrol Faez mencapai 220mg/dL melebihi tahap bacaan normal iaitu 200mg/dL. Walau bagaimanapun, tahap bacaan gula Faez masih di tahap yang tidak membimbangkan.

Faez pun teringat peristiwa bulan lalu, dia pergi ke hospital kerana selsema yang agak teruk dan doktor mengesyorkan agar Faez melakukan pemeriksaan darah.

Selepas pemeriksaan itu, ternyata hasil ujian darah Faez menunjukkan Leukosite tinggi dan koletrol juga tinggi. Doktor memberikan ubat kolestrol dan ubat untuk selsema Faez. Namun, pada waktu itu Faez hanya selsema dan dia tidak ambil peduli perkaitan antara sakitnya ketika itu dengan melakukan pemeriksaan darah.




Pemeriksaan Tahap Kolestrol
Darah diambil untuk memeriksa tahap kolestrol dalam badan


Setelah menghabiskan ubat yang diberikan doktor, Faez tidak melakukan pemeriksaan kolestrol semula kerana menganggap semuanya telah baik kerana selsemanya juga telah sembuh. Semenjak dari peristiwa itu, Faez tidak pernah lagi membuat pemeriksaan tahap kolestrol dalam darahnya sehinggalah dia menghadiri karnival kesihatan ini.

Selesai membuat pemeriksaan tahap kolestrol, dia dan isterinya dijemput untuk menghadiri seminar mengenai cara menurunkan tahap kolestrol dalam badan. Faez kini tahu, bahawa kolestrol bukan hanya untuk mereka yang berbadan besar tetapi sebenarnya, sesiapa sahaja terdedah dengan kolestrol jika tidak menjaga gaya pemakanan dan gaya hidup mereka.




JOM SEMAK TAHAP KOLESTROL ANDA !!



Tinggi rendah paras kolesterol pada badan kita dipengaruhi oleh pelbagai faktor, antaranya cara pemakanan, gaya hidup, merokok, minuman keras, tekanan dan penyakit hati.

Pada kebiasaanya, sebelum melakukan pemeriksaan kolestrol, kita akan diarahkan untuk berpuasa terlebih dahulu, Ia bertujuan agar tidak berlaku kesalahan pengukuran akibat pengaruh dari lemak yang baru.





Punca Kolestrol Tinggi

Tidak semua kolestrol yang terdapat dalam tubuh adalah jahat



Kebiasaanya 3 bacaan asas akan diberikan oleh doktor iaitu bacaan paras kolesterol, bacaan ALT (liver function test) dan bacaan Triglyceride.

Profil lipoprotein ini merangkumi:


  • LDL (Low-density lipoprotein cholesterol) iaitu kolesterol tidak baik
  • HDL (High-density lipoprotein cholesterol,) adalah kolesterol baik 
  • Trigliserida (lemak yang dibawa dalam darah hasil makanan yang kita makan seperti   lebihan kalori, alkohol, gula akan ditukar kepada triglesirida dan disimpan di dalam tisu lemak di dalam badan) 




************

Tahap kolesterol keseluruhan

************

Kadar normal kolestrol
Jumlah Kolestrol secara keseluruhan


Jumlah kolesterol anda adalah gabungan LDL, HDL dan beberapa komponen lipid yang lain. Pakar perubatan mencadangkan paras selamat adalah di bawah 200 mg/dl.




**************

Tahap kolesterol LDL

**************

Kadar Kolestrol LDL
Kadar Kolestrol LDL 


LDL boleh terkumpul disepanjang dinding arteri dan meninggikan risiko penyakit jantung. Sebab itu LDL digelar sebagai kolesterol jahat. LDL rendah bermakna risiko penyakit jantung rendah.

Menurut pandangan pakar kesihatan, paras LDL untuk pesakit jantung atau penyakit salur darah harus berusaha untuk merendahkan paras LDL di bawah 70 mg/dl.

Untuk yang mengidap kencing manis pula atau penyakit yang berisiko kepada sakit jantung adalah merendahkan paras LDL di bawah 100 mg/dl.





Lakukan pemeriksaan tahap kolestrol
Keputusan Pemeriksaan Tahap Kolestrol 



***************

Tahap kolesterol HDL

***************

Kadar kolestrol HDL
Kadar Kolestrol HDL


HDL atau Kolesterol baik , lebih tinggi bacaan HDL akan mengurangkan risiko penyakit jantung. Ini kerana HDL adalah pelindung yang bertanggungjawab mengeluarkan kolesterol jahat dalam darah dan mengelakkan HDL terkumpul di arteri.



**************

Tahap Triglycerides 

**************

Kadar Triglycerides
Kadar Triglycerides


Trigliserida adalah bentuk kimia di mana lemak wujud di dalam makanan dan badan. Paras Trigliserida yang tinggi meninggikan risiko sakit arteri koronari . 



Tanda-tanda dan Gejala kolesterol Tinggi : 


Apabila kolesterol tidak dikawal, akhirnya dia akan menjadi plak di dinding arteri manusia . Jika tidak dirawat, mengancam nyawa masalah kesihatan yang boleh menjadi isu.

Berikut adakah tanda-tanda kolesterol tinggi jika tidak dirawat segera:

• Masalah Pernafasan 
• Sakit dada 
• Pening 
• Denyutan jantung yang tidak tetap 
• Loya dan muntah-muntah 
• Kebimbangan melampau 
• Heartburn atau ketidakhadaman yang kerap 
• Berpeluh dingin 





Bebas Kolestrol
Amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat untuk bebas kolestrol tinggi








Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini

1. Apa Salah Mencuba Daripada Menderita...

2. Herba Penawar Jantung Terbaik DiDunia

3. Apa Itu Kolesterol