Tuesday, May 17, 2016

Kenali penyakit jantung berlubang pada bayi



anak hidap Jantung Berlubang
Ada bayi dikesan menghadapi masalah jantung sejurus selepas dilahirkan



Bayi Jantung Berlubang


Penyakit jantung bukan lagi penyakit yang menyerang orang dewasa. Ramai bayi yang dikesan mengalami masalah jantung sejurus selepas dilahirkan. Berita sebegini tentu saja merunsingkan hati ibubapa bila bayi mereka menghadapi masalah jantung berlubang.


Kes 1

Selepas lima tahun menantikan kehadiran ‘puteri sulung’ dan dua kali keguguran, sepasang suami isteri tidak menyangka mereka menerima dugaan amat berat sehingga membuatkan kehidupan mereka berubah 360 darjah. Masalah itu dikesan secara tidak sengaja oleh doktor ketika rutin bulanan. Selepas dilahirkan, doktor mengesahkan bayi mereka mengalami masalah jantung berlubang.


Kes 2

Semuanya bermula dari peristiwa Haiqal kerap demam sewaktu berusia 3 bulan, bernafas laju dan mudah berpeluh. Sebagai ibu, puan Rina merasa tidak sedap hati lalu membawa Haiqal ke klinik. 

Doktor yang memeriksa degup jantung Haiqal, mukanya seperti kehairanan sedikit...katanya macam ada bunyi heart murmur (bunyi jantung yg abnormal) bunyi seperti ada sesuatu yang bocor lalu doktor terus meminta puan Rina merujuk Haiqal ke Klinik Pakar Hospital Kerajaan untuk kepastian.

Kes diatas antara beberapa kes bayi yang mengidap penyakit jantung berlubang (Ventricular Septal Defect - VSD) atau secara amnya CHD (Congenital Heart Disease) atau masalah Jantung Kongenital.



Ia berlaku apabila terdapat lubang atau kecacatan pada struktur jantung
Masalah jantung kongenital tidak terhad kepada satu keadaan sebaliknya pelbagai



Apakah masalah Jantung Kongenital? 


Masalah jantung kongenital adalah perkara biasa yang ditemui di kalangan bayi baru lahir. Sewaktu kitaran janin berlaku, lazimnya terdapat lubang antara atria kanan dan kiri untuk membolehkan darah memintas paru-paru. Lubang ini bagaimanapun akan tertutup dengan sendirinya apabila bayi dilahirkan. Namun begitu atas sebab tertentu ada bayi yang dilahirkan mempunyai lubang pada dinding septum ini.

Apabila terdapat lubang pada struktur jantung; iaitu pada dinding dalaman jantung dalam satu atau lebih struktur salur darah bayi maka ia akan mengganggu aliran darah normal melalui jantung sama ada menghalang aliran darah dalam jantung atau menyebabkan darah mengalir dalam jantung pada arah yang berlawanan. 


Bagaimana Ia Dikesan?



Bayi yang mengalami kecacatan jantung boleh dikesan ketika di dalam kandungan (bagi kes major) dan juga ketika dilahirkan (kes minor). Ujian ultrasound ketika ibu sedang mengandung mampu mengesan sebarang keganjilan pada denyutan jantung. Ia boleh dikesan seawal usia 4 bulan.


Rentak normal jantung adalah 'lup dup' dan jika ia berlainan seperti 'lup cup', bererti terdapat kecacatan pada jantung tersebut. Namun 50 peratus kes jantung berlubang berkenaan akan tertutup sendiri pada tahun pertama kelahiran bayi



Mengenali Penyakit Jantung Kongenital





Simptom

Antara simptom yang biasa ditemui dalam kes kecacatan jantung kongenital adalah :

* Jantung berbunyi (murmur)
* Cyanosis (biru di badan atau muka)
* Kesukaran menyusu
* Nafas kencang
* Berat badan tidak bertambah secara normal
* Pendarahan


Jenis-jenis penyakit Jantung Kongenital


Bayi CHD dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu bayi biru dan tidak biru (blue dan non-blue baby). 



bilik jantung bahagian kanan terpaksa mengepam dengan lebih kuat yang mengakibatkan ia bengkak
ASD (atrial septal defect) dikenali sebagai sakit jantung tidak biru


1) ASD (atrial septal defect) - non blue baby


Satu keadaan di mana terdapat satu lubang antara atria, menyebabkan oksigen dari bahagian kiri jantung masuk semula ke bahagian kanan. Oleh itu bilik jantung bahagian kanan terpaksa mengepam dengan lebih kuat yang mengakibatkan ia bengkak. 

Apabila pengaliran darah ke paru-paru menjadi bengkak, tekanannya meningkat dan merosakkan paru-paru. Ia juga dikenali sebagai sakit jantung tidak biru (anyanostic congenital heart diseases)



darah yang mengandungi oksigen dari bahagian kiri dipaksa masuk ke bahagian kanan melalui dinding penyekat, apabila terdapat lubang
VSD dikenali sebagai sakit jantung biru

2) VSD (ventricular septal defect) - blue baby


Dikenali juga sebagai sakit jantung biru (cynostic congenital heart disease). Biasanya berlaku di kalangan bayi apabila terdapat lubang pada dinding (septum) bahagian bawah yang menyebabkan darah mengandungi oksigen dari bahagian kiri masuk ke bahagian kanan. Darah yang berlebihan ini kemudiannya dipam semula ke dalam paru-paru yang boleh menyebabkan kerosakan paru-paru dan jantung itu sendiri.

Di Amerika masalah Congenital Heart Disease ini dikesan di kalangan lapan atau 10 bayi daripada setiap 1,000 kelahiran. Menurut Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia, satu dalam setiap 100 bayi yang lahir di negara ini berkemungkinan mengalami masalah jantung. Dengan purata 500,000 kelahiran setiap tahun, dianggarkan 5,000 bayi di Malaysia berisiko menderita sakit jantung kongenital setiap tahun. 


prosedur cardio cathetherization atau kaedah belon (keyhole)
Congenital Heart Disease 


Rawatan moden


Sesetengah kecacatan jantung adalah serius dan memerlukan rawatan segera selepas dikenal pasti. Bergantung kepada jenis kecacatan jantung, rawatan hospital boleh dibuat dengan:

* Prosedur menggunakan kateter

Kecacatan jantung kongenital diperbaiki menggunakan teknik catheterization, yang membolehkan pembaikan dilakukan tanpa pembedahan membuka dada dan jantung.


* Pembedahan terbuka jantung

Dalam beberapa kes, doktor tidak dapat menetapkan kecacatan jantung anak anda menggunakan prosedur kateter. Dalam kes ini, doktor akan melakukan pembedahan terbuka untuk mencuba membaiki kecacatan jantung anak anda. Ini adalah prosedur perubatan utama dan mungkin memerlukan masa pemulihan yang panjang untuk anak anda.


* Pemindahan jantung

Jika kecacatan jantung serius dan tidak boleh dibaiki, pemindahan jantung mungkin menjadi pilihan.


* Ubat-ubatan

Sesetengah kecacatan kongenital jantung ringan di usia kanak-kanak atau dewasa, boleh dirawat dengan ubat-ubatan yang membantu jantung bekerja lebih cekap. 


Jika lubang semakin membesar ia boleh ditutup melalui prosedur cardio cathetherization atau kaedah belon (keyhole). Prosedur ini boleh mengurangkan risiko pembedahan terbuka jantung yang mungkin lebih lama untuk sembuh selepas pembedahan. Kos prosidur ini juga lebih murah sedikit iaitu rm25k-30k berbanding pembedahan terbuka yang menelan belanja lebih kurang rm30k-35k.

Di Malaysia, dengan perkembangan kemudahan kesihatan yang semakin baik banyak kes masalah jantung kongenital dapat dikesan sebaik saja seorang bayi itu dilahirkan.




Anda mungkin meminati :-

Herba penawar jantung dunia

Anda Sakit Dada?

Tanda sakit jantung pada wanita

Post a Comment