HTML

Tuesday, April 5, 2016

Anda sakit dada? Adakah ia teramat sakit sehingga anda tidak mampu untuk bernafas atau bergerak?

Elektrokardiografi (ECG) akan dilakukan untuk mengenal pasti punca sakit dada dan kategori penyakit jantung koronari.
Sila ambil peduli jika anda, ahli keluarga atau rakan anda mengalami sakit dada


Razif berumur sekitar awal 30-an. Beliau sedang bekerja shift selama 12 jam apabila beliau mula merasakan beberapa simptom seperti terasa senak yang tidak tertahan, sakit pada bahagian tengah dada seperti gajah yang duduk pada bahagian dada, sakit tersebut berlanjutan sehingga pada bahagian lengan kiri dan menurun kepada jari-jemari diikuti rasa sakit yang teruk pada rahang. Razif tahu akan simptom serangan jantung namun beliau cuba menafikannya kerana menyangka beliau masih muda.

Majikan Razif menelefon ambulans dan beliau terus dibawa ke hospital. Tiba di bahagian kecemasan beberapa penyiasatan dilakukan keatas Razif seperti:-
  • Electrocardiogram (ECG) 
  • Ujian darah 

Doktor memberitahu Razif bahawa beliau menderita penyakit Acute Myocardial Infarction (AMI), namun Razif menafikannya sehingga beliau meminta doktor untuk membuat kembali penyiasatan tersebut untuk “recheck” kerana bagi beliau pada umur sebegitu tidak patut beliau mengidapi AMI.

Doktor memberi Razif melihat keratan ECG tersebut sambil menerangkan kepadanyanya. Akhirnya Razif terpaksa menerima kenyataan. Rawatan akan segera dilakukan dan ketika kateter dimasukkan ke dalam jantung (Coronary Angiogram) doktor memberitahu Razif bahawa jantung beliau telah ada penyumbatan sebanyak 95%. 



(Artikel berkaitan : Apa itu Kaedah Angiogram )

Setelah melakukan pelbagai rawatan susulan akhirnya Razif mengakui bahawa “MEROKOK adalah PEMBUNUH NO 1 kerana hampir membunuh saya” kerana dulu beliau selalu menghisap rokok 15 – 30 batang sehari . Atas nasihat doktor, kini Razif telah berjaya berhenti merokok dan bersyukur mendapat rawatan awal "Akut Infarksi Miokardium"



Jika anda mengalami sakit dada selama lebih dari 10 minit semasa rehat, sila dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.


Apakah itu "Akut Infarksi Miokardium" (AMI)


Infark Miokard berlaku akibat tersekatnya aliran darah ke otot jantung yang menyebabkan kekurangan oksigen (iskemia) lalu sel-sel jantung menjadi mati (nekrosis miokard). Pesakit akan di diagnosis sebagai infarksi miokardium sekiranya secara klinikalnya pesakit mengalami salah satu atau lebih daripada simptom berikut :-

  • Sejarah sakit dada lebih daripada 20 minit 
  • Perubahan pada ECG 
  • Peningkatan tahap enzim kardiak

Sakit dada berpunca daripada masalah kardio-pulmonari adalah lebih serius.
Bila seseorang mengalami sakit dada atau mati mengejut, kebarangkalian besar ia berpunca daripada penyakit kardiovaskular atau jantung.


PUNCA?


  • Penyakit Jantung Koronari iaitu aterosclerosis dan arteriosclerosis
  • Faktor umur disebabkan oleh bebanan aktiviti ke atas jantung dan proses penuaan yang mengakibatkan otot menjadi longgar.
  • Faktor jantina di mana lebih cenderung terjadi kepada lelaki disebabkan oleh aktiviti aktiviti berat harian.
  • Sejarah keluarga iaitu hiperkolesterolemia dan hiperlipidemia.
  • Perokok tegar yang mengakibatkan pengurangan oksigen ke jantung, 
  • Hipertensi yang melemahkan dinding arteri 
  • Kekurangan aktiviti fizikal yang melambatkan peredaran darah dan ini menyebahkan keadaan aterosklerosis dan arteriosklerosis.
  • Stres merosakkan salur darah.
  • Obesiti yang diakibatkan oleh makanan lemak yang mengandungi banyak kolesterol. 
  • Diabetes mellitus disebabkan pengambilan makanan tidak sihat yang mengandungi terlalu banyak gula dan kolesterol.
Sila ambil peduli jika anda, ahli keluarga atau rakan anda mengalami sakit dada. Bertindaklah sewajarnya kerana anda mampu menyelamatkan nyawa anda sendiri dan mereka yang tersayang

No comments: