HTML

KENALI TANDA-TANDA GOUT




Asid urik
GOUT


APA ITU GOUT ?



Penyakit Gout adalah disebabkan oleh pengumpulan hablur asid urik pada sendi-sendi di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Gout sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia 30 hingga 60 tahun dan jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.



Gout amat menyakitkan dan dalam kebanyakan kes hanya menjejaskan satu sendi khususnya ibu jari kaki. Istilah Gout berasal dari perkataan Latin "gutta" yang bermakna "setitis".






Gout amat menyakitkan
GOUT AMAT MENYAKITKAN

Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Asis urik yang tinggi dikaitkan dengan masalah kesihatan lain seperti:


  •     Kegemukan (Obesiti)
  •     Darah tinggi
  •     Hiperlipidemia
  •     Diabetes 

Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.



TANDA-TANDA GOUT 


  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.




KOMPLIKASI GOUT







Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’TOPHI’.

Dalam saluran urinari (air kencing) ia boleh berkumpul membentuk ’BATU KARANG’.


Siapa yang berisiko ?


  1.     Lelaki  - Lingkungan usia 30 hingga 60 tahun
  2.     Wanita menopos
  3.     Obes / berat badan berlebihan
  4.     Pengambilan makanan berprotein tinggi secara berlebihan
  5.     Makanan organ dalaman haiwan seperti hati, limpa dan paru dsb



SERANGAN GOUT





Gout amat menyakitkan
GOUT MENYERANG

>>> Gout boleh mengakibatkan kesakitan melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan dan kehangatan serta kekakuan pada sendi

>>> Demam-demam biasa

>>> Hablur-hablur dalam sendi akan mengakibatkan kesakitan yang teramat sangat terutama pada bahagian yang terjejas apabila digerakkan

>>> Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit walaupun hanya disentuh dengan lembut.

>>> Gout biasanya menyerang ibu jari kaki. Gout juga menjejaskan sendi-sendi lain seperti mata kaki, tumit, lutut, pergelangan tangan, siku, jari dan tulang belakang.

>>> Gout boleh terjadi juga pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.




DISYORKAN UNTUK ELAK MAKANAN SEPERTI :-





tanda-tanda gout
Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang


  •     Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
  •     Ikan bilis, kembung, sardin
  •     Daging cincang
  •     Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
  •     Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
  •     Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  •     Peanuts, lentil, beans and peas
  •     Poultry
  •     Roti jagung dan bijirin


Mengawal makanan seperti berikut :-

  •     Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  •     Peanuts, lentil, beans dan peas
  •     Roti jagung dan bijirin

Bagi pesakit gout adalah dinasihatkan agar menjaga pemakanan bagi mengelakkan penyakit menyerang dan menjadi lebih kritikal. 



RAWATAN SERANGAN GOUT


  1. Rehatkan sendi semasa serangan gout.
  2. Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
  3. Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
  4. Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor). Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
  5. Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
  6. Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.




RAWATAN ALTERNATIF CEGAH GOUT DENGAN PRODUK HERBA TASLY

KEUNIKAN PRODUK 


Produk TASLY telah dipatenkan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, FDA dan halal. Pengguna Produk TASLY di seluruh dunia melebihi 200 juta orang dan melebih 45 negara. 

Produk TASLY khususnya TASLY DANSHEN PLUS telah membantu ramai pesakit yang mempunyai masalah berkaitan saluran darah (kardiovaskular). Umum mengetahui saluran tersumbat adalah masalah akar umbi yang perlu diselesaikan supaya peredaran darah menjadi lancar. 


Pengambilan 3 jenis produk TASLY sebagai pemakanan tambahan harian dapat merawat GOUT:-



rawat gout



TASLY DONG CHONG COA 

Dong Chong Cao ini juga di gelar sebagai Raja Herba dengan ramuan utama adalah cordycep. Ia merupakan detoks semulajadi yang menyingkirkan toksid secara lembut dari badan. Tasly Dong Chong Cao sangat baik untuk paru-paru, buah pinggang, membuang toksin dan membina semula sel-sel dalam tubuh. Ia juga amat baik untuk gout, resdung, asma, luka kencing manis


rawat gout dengan herba tasly
TASLY DONG CHONG COA
RM132.50 (100 kapsul)



TASLY WILD GINSENG

Ginsennosida-Rh12 dalam ginseng ialah bahan aktif yang boleh mengawalatur keimunan, ia melaraskan fungsi imun badan dan meningkatkan rintangannya melawan penyakit. Ginseng dapat meningkatkan aktiviti pelbagai enzim dalam hati dan menguatkan keupayan detoksifikasi hati, ia mempunyai kesan detaksifikasi dan menjaga hati yang diracuni oleh alkohol.


 TASLY WILD GINSENG
TASLY WILD GINSENG
Harga RM191 (30 kapsul)





TASLY CEN FORTE

Memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi

1. Seimbangkan Nutrisi Badan
2. Menstabilkan metabolisma
3. Meningkat Imuniti



Tasly Cen Forte
TASLY CEN FORTE
RM102 


Penting untuk pesakit gout minum air mencukupi untuk proses menyingkirkan asid urik. 

Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal serta mengamalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout






 PRODUK TASLY



Maklumat lanjut sila hubungi :


SITI MARDIAH 019-2266478 / MOHD TAJUDIN 012-3586478

No comments: