HTML

Saturday, February 24, 2018

Apa Kaitan Ukur Lilit Pinggang dengan Kesihatan Anda?

obesiti
Kenapa penting ukur lilit pinggang? 


Apa Itu Ukur lilit pinggang?


Nisbah ukuran pinggang dan punggung (WHR - Waist to hip ratio) adalah kaedah penentu untuk mengetahui bentuk badan baik dan ideal bagi setiap orang. Caranya ialah membahagikan ukuran pinggang dengan punggung yang mana bagi wanita, ukurannya mestilah tidak melebihi 0.8 dan 1.0 bagi lelaki.

Sekiranya nisbah WHR melebihi tahap ditentukan di atas, bermakna bentuk badan kurang cantik walaupun BMI anda dalam lingkungan normal.


Penanda Aras Kesihatan Individu


Ramai sebenarnya yang tidak tahu bahawa selain berat badan, ukur lilit pinggang juga boleh menjadi penanda aras untuk tentukan tahap kesihatan kita. Hal ini kerana, kaedah yang mudah dan ia digunakan untuk menggambarkan taburan lemak dibahagian perut (abdominal fat).

Ia sangat berguna untuk orang yang mempunyai BMI yang normal dan mempunyai lebih berat badan. Hasil kajian Pusat Perubatan Southwestern Universiti Texas yang dilaporkan Reuters mengatakan, walaupun berat badan tidak bertambah, pakar perubatan berpendapat peningkatan ukuran pinggang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.


kepentingan ukur lilit pinggang
Bagaimana ukur lilit pinggang anda? 


Ini membimbangkan kerana peningkatan ukuran pinggang menandakan risiko mendapat pelbagai penyakit semakin tinggi. Tanpa kita sedari, kegemukan akan datang bersama peningkatan tekanan darah serta paras gula dan kolesterol yang secara tidak langsung mendekatkan kita kepada penyakit jantung atau strok.



Sindrom ini berlaku pada individu yang ukuran pinggangnya:


Ukuran Lilit Pinggang Maksimum:


Bagi lelaki = 88 hingga 94 cm (35.4 inci hingga 40 inci)
Bagi wanita = 80 cm (31.5 inci)


Tambahan, tekanan darah melebihi 130/85 mmHg, paras glukos melebihi 5.6 mmol/liter serta paras kolesterol tinggi melebihi 5.2 mmol/liter.

Selain itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah menetapkan Indeks Jisim Badan (BMI) sebanyak 22 sebagai berat badan baik (tetapi 23 juga diterima). Ia bukan saja boleh menjadi pengukur kepada keseimbangan berat badan, sebaliknya menjadi penanda aras bagi kekerapan untuk tekanan darah tinggi.

Ini kerana kajian menunjukkan hampir 50 peratus individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi mempunyai BMI melebihi 30.



penurunan berat badan
Info KKM : Penurunan Berat Badan Sihat & Selamat


Realitinya penurunan timbangan berat badan yang tidak memudaratkan fungsi tubuh ialah dua hingga empat kilogram setiap bulan sahaja. Antara panduan yang diberikan untuk menimbang berat badan ialah menimbang menggunakan penimbang yang sama selain kiraan diambil pada waktu sama setiap kali yang mana paling baik ialah seminggu sekali saja.



Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:-

1. Betulkah duduk terlalu lama tidak baik untuk kesihatan??

2. KAJIAN TENTANG VAPE YANG ANDA WAJIB TAHU!

3. KANSER SERVIKS - APA YANG WANITA WAJIB TAHU?

No comments: