Saturday, April 29, 2017

Tips Penjagaan Buah Pinggang Anda!


Proses Dialisis
Proses dialisis akan dijalankan 3 kali seminggu.

UBAT TAHAN SAKIT "PENYELAMAT"?


Seawal usia 35 tahun, Iza terpaksa menanggung sakit menjalani proses dialisis kerana masalah buah pinggang yang dialaminya awal bulan ini. Iza disahkan mengalami masalah buah pinggang selepas dia mengadu sakit pinggang dan muntah darah. 

Risau dengan keadaan itu, dia di bawa ke hospital oleh suaminya. Setelah menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan buah pinggangnya telah gagal berfungsi dan dinasihati untuk menjalani proses dialisis.

Hasil penerangan daripada doktor, barulah Iza sedar, bahawa semua ini berlaku akibat tabiatnya yang sering mengambil ubat tahan sakit secara berlebihan setiap kali senggugutnya menyerang. Dia memang akui dia selalu mengambil ubat tahan sakit, sebab senggugut yang dia alami sangat sakit.



Statistik pesakit buah pinggang
Pesakit buah pinggang dikatakan semakin meningkat saban tahun


Sepanjang menjalani dialisis, Iza akui dia kadang-kadang alami tekanan. Ia disebabkan kesan sampingan yang dialaminya seperti kekejangan otot, loya, muntah-muntah, pening dan berlaku pendarah pada tempat cucukan jarum.

Disebabkan pengalamannya ini, sekarang, Iza hanya mampu bersabar  dan mengingati anak dan saudara-maranya agar tidak terlalu kerap mengambil ubat tahan sakit. Kerana kesannya terpaksa di tanggung sampai bila-bila. 



BAGAIMANA CARA UNTUK MENJAGA KESIHATAN BUAH PINGGANG??


1. Minum air putih secukupnya.  


Kita sering diingatkan supaya minum 3 liter air setiap hari. Namun, ramai yang hanya  memandang ringan pada pesanan ini. Ramai yang tak tahu bahawa air putih merupakan rakan kerja buah pinggang yang sangat rapat!

Hal ini kerana, air putih akan membantu untuk memastikan buah pinggang dapat menjalankan tugasnya dengan lancar iaitu menapis segala bahan buangan seperti toksin. Sekiranya badan kekurangan air putih, ia akan menyebabkan toksin dan bahan buangan yang lain terkumpul dan ini akan merosakklan buah pinggang. 

Oleh itu, amat penting untuk kita meminum air putih yang secukupnya iaitu 3 liter sehari. Selain daripada baik untuk buah pinggang, minum air putih yang cukup juga bagus untuk kekalkan kelembapan kulit tau!


Air putih baik untuk kesihatan buah pinggang
Minum 3 liter air setiap hari

2. Kurangkan makanan masin


Kalau nak tahu, kebanyakkan orang membuat pengambilan garam yang banyak dalam diet seharian mereka. Mereka tidak sedar, bahawa tabiat ini membawa kepada punca berlakunya kerosakan buah pinggang! Kenapa??

Sebenarnya, badan kita tidak memerlukan sodium atau garam yang banyak untuk berfungsi. Garam yang tinggi dalam darah hanya akan menyebabkan kesan darah tinggi dan keadaan ini secara tidak langsung membahayakan buah pinggang anda! 

Jadi, ubah cara pemakanan anda. lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurangkan pengambilan makanan yang bergaram dan masin. 


3. Jauhi tabiat suka tahan kencing


PERINGATAN KERAS bagi mereka yang suka menahan kencing!

TOLONG ubah tabiat ini! Tabiat anda yang suka menahan kencing ini akan menyebabkan anda sengsara akibat masalah batu karang jika berterusan seperti itu. 

Tabiat suka menahan kencing ini memang akan menyebabkan kerosakan buah pingang yang membawa kepada masalah batu karang. Selain itu, ia juga akan menyebabkan berlaku jangkita kuman pada pundi kencing anda. 

Jadi INGAT!! JANGAN tahan kencing anda, cepat-cepat cari tandas  dan buang apa yang patut! 


4. Jangan amalkan pengambilan ubat tahan sakit



Punca kerosakan buah pinggang

Jangan amalkan pengambilan ubat tahan sakit


Siapa kat sini yang selalu ambil ubat tahan sakit? Kalau nak tahu, salah satu penyebab kerosakan buah pinggang dan hati adalah melalui tabiat penggunaan berlebihan ubat tahan sakit. Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda mendapatkan nasihat doktor sebelum membuat pengambilan ubat tahan sakit. 


5. Kurangkan pengambilan alkohol dan minuman bergas.


Bagi mereka yang gemarkan minuman beralkohol dan bergas, anda perlu mengubah tabiat anda ini. Kalau nak tahu, kedua-dua jenis minuman ini mampu meninggalkan kesan buruk kepada buah pinggang dan hati anda. Apa kata, awak ubah minuman ni kepada air putih! kan lebih sihat! 


6. Kurangkan minum kopi



Punca kerosakan buah pinggang
Kurangkan pengambilan minuman 3 in 1.


Ada tak kat sini yang memang tak boleh tinggalkan kopi? Tiap hari mesti kena minum kopi, kalau tak boleh sakit kepala?

Nak tahu tak? sebenarnya pengambilan kopi yang berlebihan boleh sebabkan kerosakan buah pinggang. Sebab, kafein boleh meningkatkan tekanan darah dan juga menambah berat pada buah pinggang. 


7. Kurangkan memakan daging


Bila sebut daging, tiba-tiba teringat pula rendang dan daging masak kicap kan? memang sedap! Tapi, perlu ingat daging tidak boleh dimakan banyak sangat. Ini kerana, sumber protein dari daging haiwan tersebut akan meningkatkan beban metabolik pada buah pinggang. 

Ini bermaksud, semakin banyak anda makan daging, semakin banyak protein haiwan yang anda ambil. Seterusnya, semakin susahlah buah pinggang anda bekerja dan menyebabkan buah pinggang anda semakin sukar untuk bekerja. 


8. Pengambilan Vitamin dan Mineral secukupnya


Kekurangan vitamin seperti B6 dan magnesium juga antara faktor yang menyebabkan masalah batu karang dan kegagalan buah pinggang. Oleh itu, penting untuk kita mengamalkan diet yang sihat dengan memastikan pengambilan makanan yang lengkap dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan. 


Penjagaan kesihatan buah pinggang
Amalkan pemakanan yang sihat! 

Macam mana nak pastikan buah pinggang kita sihat?? Jom amalkan cara pengambilan makanan yang sihat di samping menjalankan cara hidup sihat. 







Thursday, April 27, 2017

SUBHANALLAH!!..Seorang qari yang sedang khusyuk mengalunkan bacaan al-Quran tiba-tiba rebah dan meninggal dunia

Detik-detik Qari meninggal dunia ketika membaca al-Quran




SURABAYA, Indonesia 26 April - SUBHANALLAH!!..Seorang qari yang sedang khusyuk mengalunkan bacaan al-Quran tiba-tiba rebah dan meninggal dunia dalam satu majlis di rumah Menteri Sosial Indonesia, Khofifah Indar Parawansapril lalu, lapor media tempatan.

Punca kematian disahkan akibat serangan jantung.

Ustaz Mohammad Ja’far Abdulrahmad, 60, rebah secara tiba-tiba sewaktu sedang mengalunkan bacaan al-Quran pada majlis meraikan ulang tahun ke-71 Muslimat Nahdatul Ulama yang diadakan di kediaman Khofifah yang juga Ketua Muslimat parti itu.

Mohammad Ja’far kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan namun disahkan sudah meninggal dunia.


Video kejadian yang dirakamkan itu kemudiannya tular di media sosial. - AGENSI


Setiap orang pasti menginginkan ketika nanti meninggal dalam keadaan yang mulia.

"Betul2 kematian yang dicemburui, Alfatihah"

Wednesday, April 12, 2017

Sayangi Jantung Hati, Nasihat Doktor Ini Selepas Melalui Sendiri Pengalaman Prosedur Angiogram.



Proses Angiogram
Penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu


Penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu bagi rakyat Malaysia. Risiko serangan jantung boleh dielakkan dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti tidak merokok, bersenam dan mengamalkan cara pemakanan yang sihat. 
Ikuti pengalaman seorang doktor yang telah melalui sendiri prosedur Angiogram iaitu prosedur bagi melihat sama ada salur darah koronari kita tersumbat atau tidak. 

SERANGAN JANTUNG: SNIPER DALAM DADA SENDIRI, MEMBUNUH TANPA DISEDARI


"How are you Doctor?" Dato' Dr Balachandran bertanya kepadaku sambil tersenyum. Tutur kata beliau begitu lembut dan menenangkan. Beliau adalah Pakar Perunding Kardiologi yang merawatku di IJN tempoh hari. 
"I'm anxious Dato'" aku berterus terang. Aku terbaring di atas meja pembedahan yang sejuk berpakaian gown berwarna kuning cair. Tangan kananku telah diikat ke armboard dengan tape coklat
"Yes I know. Usually you're the one who put people on the operating table kan? And now I put you on the table.." katanya mengusik. 

"Don't worry, you'll be just fine" katanya lagi sambil memeriksa nadi di tangan kananku, melakukan Allen Test bagi melihat dominan Arterial supply. 

Saya telah melalui Prosedur Angiogram pada hari Khamis yang lalu. Ia adalah pengalaman yang tak dapat saya lupakan. Saya nak share pengalaman tersebut agar ia memberi manfaat buat pembaca semua. 

Angiogram ialah satu prosedur bagi melihat sama ada salur darah koronari kita tersumbat atau tidak. Salur darah koronari ialah salur darah yang membekalkan oksigen kepada otot jantung kita. 

Jika ia tersumbat, bekalan darah (oksigen) ke otot jantung akan kurang/ terhenti (ishaemia) dan otot jantung kita akan mati. Maka, kita akan mendapat serangan jantung (Myocardial Infraction)

Mula-mula bius setempat akan diberi di tempat salur tiub halus (angiocath) akan dimasukkan. Ini yang paling sakit sebenarnya. Sampai keras kejung kaki saya menahan sakit. Lepas tu dah tak rasa apa-apa dah.

Angiocath ini akan dimasukkan sama ada dari tebukan salur darah Radial artery di pergelangan tangan atau Femoral artery di kelangkang (dalam kes saya melalui Radial artery). Angiocath ini kemudiannya akan ditolak perlahan-lahan hingga sampai ke salur darah koronari.

Dye (contrast) kemudiannya akan dimasukkan bagi melihat samada salur darah koronari ini tersumbat atau tidak.


Jika ada salur darah yang tersumbat, Pakar Kardiologi mempunyai pilihan samada untuk merawat dengan ubat-ubatan atau memasukkan balloon dan/atau stent bergantung kepada tahap salur darah tersumbat (Pilihan ini biasanya akan dibuat setelah berbincang dengan pesakit).

Harus diingat, setiap prosedur atau pembedahan pasti ada risikonya. Pelbagai perkara boleh berlaku ketika angiogram dilakukan.


*
*
*
*
*

Cuba anda pandang wajah isteri anda
Anda renung wajah setiap anak anda. 
Dengar suara manja & rengekan mereka. 
Sayangi diri anda. 
Fikirkan isteri dan anak-anak anda. 
Berhentilah merokok. 
Jaga pemakanan dan bersenamlah secara berkala.



Anda nak baca artikel penuh? KLIK  Facebook Mahyuddin Mohamed