HTML

Wednesday, February 1, 2017

Darah Pekat, Bagaimana cara atasinya?

Kesan darah Pekat
Doktor tengah memeriksa ibunya yang telah sedar namun masih nampak lemah. 



Pagi ini Fitri terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana dia dimaklumkan oleh adiknya bahawa ibu mereka pengsan dan dibawa ke hospital. Nasib baiklah ada adik perempuannya yang menjaga ibunya di hospital. Kata adiknya, sebelum ibu mereka pengsan, ibunya ada mengadu pening dan badannya terasa lemah.

Masa dapat panggilan dari adiknya...perasaan cemas Fitri hanya tuhan yang tahu. Sebab sebelum ni ibunya tak pernah jatuh sakit sampai perlu dimasukkan ke hospital. 3 jam memandu, akhirnya Fitri sampai ke hospital yang dimaklumkan oleh adiknya. Sampai di hospital, Fitri segera mencari katil ibunya di wad. Kebetulan, masa itu doktor tengah memeriksa ibunya yang telah sedar namun masih nampak lemah. 

Periksa darah...doktor kata, darah ibunya pekat sangat kena ambil ubat untuk cairkan darah. Itulah respon doktor bila Fitri bertanya tentang keadaan ibunya. Doktor menerangkan pada Fitri bahawa darah pekat  boleh menyebabkan seseorang itu mudah diserang sakit jantung. Oleh itu, ibunya perlu ditahan di hospital dan diberi ubat untuk mencairkan darahnya. 




9 Penyebab Darah Pekat dalam Tubuh


Keadaan darah dalam badan boleh menjadi pekat, dan keadaan ini boleh menjurus kepada beberapa jenis penyakit. Oleh itu, darah kental tidak boleh dianggap remeh, alasannya kerana darah yang pekat tidak dapat mengalir ke seluruh tubuh akibatnya adalah darah yang pekat itu boleh menghambat aliran darah di dalam tubuh.

Darah pekat adalah berbeza dengan darah beku, darah beku diperlukan ketika badan kita terluka dan menghentikan pendarahan yang berlaku. Manakala, darah pekat pula membahayakan kesihatan, sebab darah kental merupakan penyebab dari berbagai macam penyakit yang kronik.


Gejala Darah Pekat.

Berikut adalah gejala darah pekat :

  • Sakit mata
  • Sakit kepala/Pening
  • Badan menjadi lemas.
  • Migrain 
  • Mudah mengantuk
  • Mengalami gejala anemia
  • Pegal

Punca Terjadinya Darah Pekat.

Banyak orang yang tidak mengetahui apa saja yang boleh  menyebabkan seseorang terkena darah pekat. Jika seseorang mengetahui apa saja yang menjadi penyebab darah pekat, tentu banyak orang yang akan menghindari apa saja yang boleh menyebabkan seseorang terkena darah pekat.


Berikut ini adalah hal-hal yang bisa menyebabkan darah menjadi pekat:

1. Alkohol

Alkohol sebenarnya tidak baik untuk peredaran darah, hal ini kerana alkohol boleh mengalahkan kandungan air yang ada di dalam tubuh. Semakin kerap seseorang meminum alkohol, semakin cepat dia akan dehidrasi. 

Dan keadaan dehidrasi tersebut akan menjadi penyebab utama mengapa darah menjadi pekat. Hindari pengambilan alkohol jika anda tidak ingin darah menjadi pekat dan terhindar dari berbagai jenis penyakit kronik.

2. Kurang minum Air Putih


Kesan kurang minum air
Pastikan anda minum 2 liter air sehari


Kesan kurang minum air putih boleh menyebabkan darah menjadi pekat. Air putih baik untuk menjaga kesihatan dan juga stamina tubuh. Jika anda ingin melakukan aktiviti-aktiviti berat dan memerlukan tenaga yang banyak, anda perlu mengimbanginya dengan meminum air putih yang cukup.

Minuman yang baik diminum setiap hari adalah air putih namun, kesalahan orang saat ini adalah mereka banyak yang memilih meminum teh dan kopi yang ada di meja mereka dibandingkan dengan meminum air putih.

3. Merokok



Zat nikotin pada rokok boleh menyebabkan aliran darah menjadi tidak lancar, darah yang tidak lancar dialirkan akan bergumpal dan menyebabkan pengentalan darah. Oleh sebab itulah hindarilah merokok dan meminum-minuman keras agar terhindar dari darah menjadi pekat.


4. Kurang bergerak


Punca Darah Pekat
Kurang bergerak salah satu punca darah pekat


Orang yang bekerja di ofis biasanya kurang bergerak dan kebanyakkannya hanya duduk dan menghadap laptop. Keadaan ini boleh  menyebabkan aliran darah menjadi tidak lancar dan menjadi penyebab darah pekat. Oleh itu, dinasihati jika anda kerja di ofis, imbangilah dengan senaman yang cukup ketika berada di rumah atau ketika waktu lapang.


5. Kolesterol

Orang yang menderita kolesterol tinggi cenderung akan memiliki darah yang pekat, tidak hairan jika penderita kolesterol boleh terjangkit dengan pelbagai jenis penyakit kronik contohnya  jantung dan juga stroke..

6. Kerosakan Endotel

Yang menjadi penyebab darah menjadi pekat adalah kerosakan Endotel iaitu bahagian darah yang berfungsi untuk membekukan darah jika terjadi luka atau pendarahan. Jika endotel rosak, trombosit  dengan lainnya akan saling melekat sehingga risiko darah menjadi pekat dan susah untuk dialirkan.

7. Pola Makan

Sebanyak 60 peratus penyebab kepekatan darah adalah pola makan yang tidak teratur. Pola makan yang tidak teratur boleh menyebabkan seseorang berhadapan dengan darah pekat,


8. Stress

Elakkan Stress
Elakkan Stress!!


Stress juga boleh menyebabkan pemekatan darah. Ini kerana, stress menyebabkan penyempitan pembuluh darah dan darah menjadi tidak lancar untuk dialirkan. Darah yang tidak boleh dialirkan itu akan menjadi pekat dan saling melekat satu sama lainnya.

9. Genetik

Jika anda memiliki sejarah keluarga yang memiliki penyakit darah pekat, maka anda berisiko untuk terkena penyakit darah pekat tersebut. Bukan itu saja, jika anda membawa virus penyebab Hepatitis yang diwarisi daripada ibu bapa maka anda cenderung untuk terkena penyebab darah pekat dalam tubuh.



LANGKAH PENCEGAHAN DARAH PEKAT


  • Herba Tasly Danshen Plus Capsule


Anda juga boleh dapatkan Herba Tasly Danshen Plus untuk membantu mengurangkan kepekatan darah anda. Selain daripada itu, herba ini juga mempunyai beberapa fungsi lain yang dapat membantu anda untuk kekal SIHAT dan BERTENAGA.

  • Memakan buah-buahan dan sayur-sayuran

Memakan buah-buahan yang banyak mengandung vitamin K dan E , dan juga buah buahan yang banyak mengandungi Enzim Bromelain seperti Nenas, Tomato, Manggis, Anggur, Kiwi ,dan Halia.


  • Pemakanan cuka epal.

Salah satu jenis makanan yang sudah terbukti dapat mencairkan darah pekat adalah cuka epal. Cuka Epal mampu mencairkan darah pekat kerana mengandungi kalium yang mampu memecah lemak dan protein dalam darah.

Selain itu, dengan mengambil cuka sider epal juga dapat menyekat penghasilan hormon angiotensisn II yang menyebabkan penyempitan arteri dengan menambah cuka epal sider ke dalam makanan. 

  • Bawang Putih.

Bawang putih mempunyai keupayaan untuk menipiskan darah likat dan kini, di pasaran terdapat banyak makanan tambahan bawang putih yang dijual.  Walau bagaimanapun, kita perlu berhati-hati agar tidak berlebihan dalam pengambilan makanan tambahan bawang putih. Hal ini kerana, ia boleh membawa kepada interaksi dengan darah penipisan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan pendarahan.

  • Minum Air Putih


- Minum  air putih yang banyak, dengan memenuhi kadar air pada tubuh sudah semestinya dapat membantu mencairkan darah secara semulajadi. Pengambilan yang terbaik adalah sebanyak 8 gelas air mineral setiap hari.








No comments: