HTML

Tuesday, January 3, 2017

Kenal Tanda-tanda Strok? Tahniah!! Anda Mampu Mencegahnya!

Strok meragut nyawa
Abah bermain dengan cucu-cucunya di ruang tamu

Abah rebah di ruang tamu!!



Perasaan cemas ketika berhadapan dengan situasi Abah diserang strok adalah pengalaman yang  tak dapat dilupakan. Masih teringat 2 hari lalu, tengah sibuk mengemas dapur setelah selesai kenduri kesyukuran, terdengar suara mak memanggil kami adik-beradik di ruang tamu sebab Abah pengsan.

Kami terkejut, baru sahaja tadi Abah kelihatan sihat bermain dengan cucu-cucunya dan kini Abah terbaring di ruang tamu. Tanpa berlengah, Abang  segera menghantar Abah untuk dibawa ke hospital berdekatan.


Abah diserang STROK !!


Sambil menunggu doktor keluar untuk menjelaskan kepada kami tentang keadaan Abah, kami masing-masing berdoa agar Abah baik-baik sahaja. 15 minit kemudian, doktor dan jururawat keluar dari bilik dimana Abah dirawat.

Kata doktor Abah ada pendarahan dalam otak bahagian dalam, berisiko jika dibedah. Ya Allah !! longlai terasa seluruh badan. Sepatutnya minggu hadapan kami akan berada di Dewan Canselor menyaksikan Angah menerima ijazah di Majlis Konvokesyen. Dan dua hari selepas itu pula, kami sepatutnya akan bertolak ke Bandung untuk bercuti sekeluarga.





Stroke Ringan
Abah diserang strok secara tiba-tiba



"Suami puan mungkin tak boleh bergerak seperti biasa  lagi...." kata doktor kepada mak dan meminta kami bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.


Doktor mengesahkan bahawa Abah terkena Strok. Kami terkejut dan memberitahu doktor bahawa dalam beberapa hari ini Abah kelihatan sihat dan cergas dan bagaimana pula Abah boleh terkena Strok.

Doktor menjelaskan kepada kami bahawa sebenarnya, sebelum seseorang itu terkena Strok, terdapat beberapa gejala yang dapat dirasai oleh pesakit yang dipanggil STROK RINGAN.

Namun, ramai pesakit yang mengambil ringan terhadap tanda-tanda tersebut, dan akhirnya menyebabkan strok sebenar terjadi. Ketika mendengar penjelasan doktor, kami hanya mampu berdoa agar Abah akan sembuh seperti sediakala.



APA ITU STROK RINGAN ?? 


Serangan Iskemik Transien atau Transient Ischaemic Attack (TIA) turut dikenali sebagai strok ringan. Penyakit ini disebabkan oleh terhalangnya aliran darah ke otak, akibat sumbatan yang belaku di pembuluh darah.

Penyakit strok adalah penyakit yang menyerang sistem saraf. Sistem saraf merupakan suatu sistem yang mempunyai fungsi mengerakkan seluruh tubuh dengan melakukan koordinasi dan juga bekerja sama antara sistem tubuh.

Berdasarkan data, sekitar 4 dari 10 orang yang terkena strok ringan kemudiannya menderita strok yang sebenar. Yang membimbangkan adalah setengah daripada kes strok sebenar telah terjadi dalam tempoh waktu 48 jam setelah strok ringan.

Yang lebih parah, lebih dari 65 % orang belum pernah mendengar mengenai penyakit TIA atau strok ringan sama sekali !! Padahal sebenarnya, ramai orang yang berisiko mendapatkan strok ringan tanpa mereka sedari.


SIAPA YANG TERDEDAH DENGAN STROK RINGAN ??




Punca stroke
Pengambilan alkohol secara berlebihan sebabkan anda terdedah dengan ancaman strok

  • Mereka yang ada sejarah penyakit jantung
  • Perokok
  • Mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi atau hipertensi
  • Mereka yang mempunyai berat badan berlebih (Obesiti)
  • Mereka yang memiliki kadar kolesterol tinggi 
  • Mereka yang mengambil minuman alkohol 
  • Mereka yang mengalami fibrilasi atrium atau jenis denyut jantung tidak teratur 
  • Mereka yang mempunyai diabetes


Penyakit strok adalah penyakit yang dapat dikesan dengan gejala penyakit strok kehilangan fungsi otak kerana terhentinya aliran darah ke otak. Strok sebenarnya berada di tangga kedua dari penyebab kematian dengan kadar kematian 18 % hingga 37 %. Penyakit strok ini merupakan salah satu dari penyebab kematian dan juga kecacatan neurologi yang utama.



TANDA-TANDA STROK RINGAN 


Gejala Strok ringan
Tanda-tanda Strok yang perlu diketahui



Strok Ringan dapat dikesan melalui 4 tanda iaitu :


F : Face - Sebelah muka pesakit "jatuh" , dan pesakit tidak mampu senyum dengan betul
A : Arms - Pesakit tidak mampu menggerakkan/ mengangkat tangannya
S : Speech - Pesakit tidak mampu bercakap dengan betul
T : Time - Sekiranya, anda melihat ketiga-tiga tanda tersebut, itulah masanya untuk anda menelefon ambulans dengan kadar yang segera.



Selain daripada 4 tanda berikut, terdapat tanda-tanda lain yang boleh dilihat iaitu:- 

  • Kesukaran untuk bercakap dengan baik
  • Kesukaran untuk memahami apa yang orang lain cuba sampaikan
  • Bahagian mulut & mata kelihatan jatuh
  • Sukar menggerakkan tangan 
  • Pening
  • Penglihatan kurang jelas

LANGKAH PENCEGAHAN

  • Berhenti Merokok
  • Mengamalkan cara pemakanan yang sihat
  • Bersenam
  • Menjaga berat badan
  • Hindari minuman beralkohol
  • Hindari Stress dan depresi

Strok Ringan
Sayangi diri anda dan keluarga! Ambil langkah pencegahan sebelum terlambat !! 






Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini :-






No comments: