Friday, January 20, 2017

Minyak Masak, Mahu Jimat @ Sihat??

Sekarang ni ramai yang sibuk perkatakan tentang masalah bekalan & harga minyak masak. Katanya bekalan minyak masak di pasaran dah habis dan ada peniaga yang sembunyikan bekalan minyak masak. Disebabkan masalah bekalan minyak masak ini, ramai yang dah ambil keputusan untuk berjimat cermat dengan cara gunakan minyak masak tersebut berulang kali. 

Berapa kali anda gunakan minyak masak anda untuk memasak? Sekali? dua kali? atau 5 kali?? Memang jimat bukan? Tapi anda sedar tak perbuatan anda ni mengundang penyakit berbahaya kepada anda dan keluarga anda?? 




Minyak masak terpakai punca darah tinggi
MInyak masak terpakai punca darah tinggi


Mahu Jimat atau Sihat?? 


Ini kerana minyak masak yang dipanaskan pada suhu yang tinggi akan mengalami suatu siri tindak balas kimia yang akan menghasilkan pelbagai jenis produk yang mengubah fizikal dan menjejaskan kualiti minyak tersebut. Kerana itulah kita boleh melihat perubahan warna dan rasa kepada minyak tersebut selepas digunakan beberapa kali. 

Minyak masak seperti minyak sawit terdiri daripada asid lemak tepu dan tidak tepu. Pada suhu yang tinggi, asid lemak ini akan mengalami pengoksidaan yang menghasilkan radikal bebas. Radikal bebas banyak dikaitkan dengan penyakit barah dan penyakit kardiovaskular. 

Pada asalnya minyak sawit amat berkhasiat untuk semua orang kerana ia mengangungi vitamin E yang tinggi yang merupakan sejenis antioksidan. Namun, apabila minyak sawit ini telah dipanaskan, kandungan vitamin E akan terhapus sedikit demi sedikit bergantung kepada berapa kali minyak tersebut dipanaskan. 

Hasil daripada kajian mendapati, setelah minyak tersebut dipanaskan sehingga lima kali, lebih kurang 98% Vitamin E telah terhapus berbanding sebelum minyak dipanaskan. Oleh itu, kita dapat lihat bahawa minyak tersebut telah kehilangan banyak nutrien yang diperlukan dan sekiranya kita menggunakan minyak tersebut secara berterusan ia akan memberikan kesan toksik kepada kesihatan kita. 





Elak guna minyak masak secara berulang
Jangan guna minyak masak berulang kali



Apa yang terjadi pada Jantung & salur darah?? 



Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan yang menunjukkan bahawa penggunaan minyak masak secara berulang dapat memberi kesan buruk pada jantung dan salur darah.Satu kajian telah dijalankan dan ia menunjukkan bahawa penggunaan minyak sawit sebanyak lima kali dan sepuluh kali dapat menyebabkan peningkatan tekanan darah dan kerosakan tisu pada jantung manusia. 


Kajian ini telah disokong oleh satu kajian lain yang telah dijalankan berkaitan masalah ini. Kajian ini telah dilakukan pada model tikus yang telah menopouse. Minyak sawit yang telah digunakan sebanyak lima kali telah menyebabkan peningkatan aras kolestrol darah. Selain itu, ia juga menyebabkan pembentukan lesi aterosklerosis kepada model tikus tersebut. 


Seperti yang kita tahu, Aterosklerosis adalah suatu keadaan di mana terdapat pembentukan lemak di dalam salur darah arteri yang akan menghalang pengaliran darah ke seluruh bahagian badan. Disebabkan pembentukan lesi aterosklerosis ini ia boleh menyebabkan berlakunya serangan jantung, strok dan ia boleh menyebabkan maut. 


Kebarangkalian seseorang wanita untuk menghidap penyakit kardiovaskular seperti aterosklerosis akan meningkat secara mendadak selepas menopouse. Keadaan ini disebabkan oleh penurunan aras hormon estrogen yang mempunyai pelbagai kesan perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular. 


Oleh sebab itu, adalah amat penting untuk setiap wanita yang telah mencapai tahap menopause untuk mengamalkan gaya hidup sihat termasuklah tidak menggunakan minyak masak berulang-ulang. Hal ini adalah penting untuk mengelak mereka daripada menghidap penyakit-penyakit berbahaya. 



Tanda-tanda Minyak Masak Yang Perlu Diganti 


  • Minyak telah berubah warna menjadi lebih gelap
  • Minyak masak yang strukturnya telah berubah menjadi likat
  • Terdapat banyak mendapan di bawah bekas simpanan minyak masak
  • Minyak masak telah berubah bau


Gunakan Minyak Masak Anda Seoptimum mungkin? Caranya??


  • Jangan gunakan minyak masak yang telah digunakan 2 kali dan yang baru, kerana ia mempunyai Smocking Point yang berbeza. 
  • Jangan panaskan minyak masak terlalu lama di atas api kerana semakin panas minyak, semakin cepat struktur minyak berubah bentuk dan semakin tidak sihat minyak tersebut. Oleh itu, jangan panaskan minyak masak terlalu lama jika anda hendak memasak sesuatu. 
  • Tapiskan serpihan-serpihan makanan yang tertinggal di dalam minyak  kerana jika tidak dibuang ia akan mereput dan mempercepatkan lagi struktur minyak berubah. 
  • Selepas minyak sejuk, sebaiknya minyak tersebut ditapis menggunakan kitchen tissue towel, supaya sisa makanan tidak bercampur dengan minyak. 
  • Simpan minyak sebaik-baiknya di dalam bekas yang berpenutup. 



Tahap Kolestrol anda TINGGI? Mungkin anda perlukan Herba Tasly Danshen Plus! 



Anda mungkin berminat dengan artikel ini :-




Saturday, January 14, 2017

Tidur Lena? Banyak Kebaikan Yang Anda Tak Tahu!!

"Juhar, malam ni temankan aku stay up kat kafe, aku nak download movie baru tu la.." kata Amin kepada room matenya itu.

"Jam berapa Min? aku nak siapkan assignment Prof Jack ni." balas Juhar. 

"Tak pe, ko siapkan dulu kerja kau, dah siap nanti, kau bagi tahu aku..." kata Amin. 

Masa berlalu  dan tepat jam 11 malam Juhar selesai menyiapkan assignmentnya. Seperti yang dijanjikan Amin dan Juhar ke kafe untuk menggunakan wifi yang dibekalkan oleh pihak universiti.

"Amin, dah siap download tak? aku ngantuk da ni, lagipun esok kan ada kelas jam 8."

"Ya Allah, aku tak perasan dah jam 2 la Joe, tak pa la, kau naik dulu kejap lagi aku naik."

"Kau masih nak stay up ke? Kau biar betul Min? tak silap aku, seminggu ni tiap malam kau asyik tidur lepas Subuh. Kau tak penat ke?" Tanya Juhar sambil menggeleng kepala.

"Ala..relax la Joe, aku dah minum nescafe, tak dapat nak tidur la..esok lepas kelas aku tidur la.."

Juhar pun meninggalkan Amin bersendirian di kafe dan sempat mengingatkan Amin agar jangan berjaga sehingga pagi. Azan Subuh berkumandang, Juhar bangun untuk menunaikan solat subuh dan dia terkejut, katil Amin kosong menandakan Amin masih berada di kafe. 



Tak dapat fokus, tumpuan terganggu!!



Kesan kurang tidur
Sukar untuk menumpukan perhatian semasa di kelas atau tempat kerja


Selesai Juhar menunaikan solat Subuh, kelihatan Amin baru balik dari kafe. Selesai solat, mereka bersiap untuk menghadiri kuliah jam 8 pagi itu. Semasa di dalam kelas, Amin kelihatan tidak dapat menumpukan perhatiannya kerana berasa pening dan mengantuk. Amin hanya berharap kelas Prof Jack hari itu, habis dengan cepat supaya dia boleh balik ke bilik dan tidur. 

Selesai kelas pagi itu, Juhar hanya mampu menggeleng kepala melihat muka Amin yang kelihatan tidak bermaya. Juhar juga terpaksa menemani Amin balik ke bilik mereka kerana Amin mengadu bahawa kepalanya terasa sangat sakit. 

Amin sedar semua ini berlaku disebabkan sudah seminggu dia tidak cukup tidur kerana asyik berjaga di kafe. Sampai sahaja di bilik mereka, Amin pun tidur dan hanya terbangun ketika terdengar azan Asar berkumandang. Setelah mendapat tidur yang cukup, barulah Amin terasa sakit kepalanya hilang dan dia berasa sedikit bertenaga berbanding sebelumnya. 



Jika Tidur Cukup, Anda Dapat Elak... :- 


1. Lemah pemikiran


Tidur memainkan peranan yang penting dalam pemikiran dan pembelajaran. Kekurangan tidur menyukarkan proses kognitif dalam pelbagai cara. Salah satunya ia merosakkan perhatian, kepekaan, tumpuan, dan pemikiran. Ini menjadikan proses belajar bagi seorang pelajar menjadi kurang cekap.

2. Masalah kesihatan yang serius.


Menurut sesetengah anggaran, 90% orang akan mengalami Insomnia iaitu malasah kesukaran tidur. Kurang tidur dari 7 jam sehari boleh meningkatkan risiko serangan jantung sehingga 33% mengikut penyelidik dari Jepun. Dada akan terasa sakit apabila waktu malam, adalah antara tanda seseorang mengalami masalah jantung.


bahaya kurang tidur
Kurang tidur boleh membawa MAUT



Gangguan tidur dan kehilangan tidur yang kronik boleh meletakkan anda berisiko untuk terkena:-

  • Serangan jantung
  • Kegagalan jantung
  • Denyutan jantung tidak teratur
  • Tekanan darah tinggi
  • Strok 
  • Diabetes

3. Minat untuk melakukan hubungan intim hilang


Kekurangan tidur juga akan menyebabkan anda tidak dapat memberikan kepuasan serta tiada keinginan untuk ‘bersama’. Untuk menceriakan kehidupan suami isteri, tuntutan dalam memberikan kepuasan dalam hubungan intim adalah penting agar pasangan anda dapat menikmati bahtera perkahwinan. Selain itu juga, ia akan menggangu pernafasan anda ketika tidur seperti berdengkur dan kesannya pasangan anda akan terganggu semasa tidur.

4. Tekanan atau stres


Akibat kekurangan tidur, anda akan rasa lebih tertekan kerana tidak dapat berfikir dengan baik serta tidak fokus dalam sesuatu hal. Ini memberikan kesan yang buruk semasa membuat persiapan perkahwinan. Wajah anda juga akan menggambarkan kesangsian serta kecelaruan di dalam kotak fikiran.

5. Berat badan bertambah


Tidur kurang menggemukkan
Kurang tidur juga boleh menyumbang kepada penambahan berat badan 


Akibat daripada kekurangan tidur, anda akan lebih mudah berasa lapar dan berselera. Oleh itu, ia akan meningkatkan selera makan yang tinggi sekali gus berat badan anda akan naik lebih cepat. Maka dengan itu, untuk kekal cantik dan sihat, anda perlulah menjaga waktu rehat dan tidur yang mencukupi.

6. Tiada seri wajah


Apabila tidur tidak cukup, bagi mereka yang akan berkahwin anda akan menyebabkan mekap serta seri pada wajah tidak naik. Selain itu juga, wajah anda akan mempamerkan rasa kurang selesa serta tidak bermaya.

 Penjagaan tidur yang bagus adalah tidur selama 7 atau 8 jam sehari. Sekali gus anda akan merasakan perbezaanya. Kulit nampak lebih bermaya dan anda kekal cergas di hari bahagia.



Kepentingan tidur yang cukup
Kurang waktu tidur akan menghilangkan seri muka & percepatkan proses penuaan.


7. Penuaan lebih cepat berlaku.


Sel-sel ini biasanya bergerak ketika kita sedang berehat. Oleh itu, waktu tidur adalah waktu yang sebaik-baiknya untuk sel-sel dalam badan kita bekerja. Tanpa rehat dan tidur yang cukup, proses sel-sel ini menjadi terbantut. Disebabkan itu, mereka yang menghadapi masalah insomnia biasanya mempunyai gelung hitam di bawah mata, yang lebih kenali sebagai "eye bag".

Keadaan ini akan menyebabkan seseorang lebih mudah kelihatan kedutan di bawah mata dan kulit juga akan lebih kusam berbanding dengan mereka yang cukup rehat. Pendek kata, proses penuaan akan lebih cepat berlaku dalam kalangan mereka yang tidak cukup tidur.


8. Gangguan Kesuburan untuk Wanita


Wanita yang memiliki pola tidur yang buruk atau sering kurang tidur bisa terkena gangguan kesuburan yang parah. Kondisi ini disebabkan karena tidur bisa mendukung produksi hormon reproduksi sehingga
bisa meningkatkan kesempatan kehamilan yang tinggi. Namun wanita yang selalu kurang tidur bisa mengalami gangguan kesuburan dan sering ditandai dengan menstruasi yang tidak teratur,
gelisah, dan sering emosi

9. Risiko Kerosakan Tulang

Masalah kepadatan tulang juga boleh terjadi pada mereka yang memiliki kebiasaan kurang tidur. Keadaan ini bahkan sudah dibuktikan dalam sebuah kajian yang dilakukan pada tahun 2012.

Mineral dan sum-sum tulang belakang mengalami penurunan drastik ketika tubuh tidak boleh tidur dalam jumlah yang secukupnya. Hal ini akan menyebabkan risiko penyakit Osteoporosis. Bagi wanita ia agak berisiko kerana kepadatan tulang akan terus menurun setelah masuk ke tahap Menopause.



Tidur Berkualiti
Dapatkan tidur yang cukup untuk menjalani hari esok



Tips untuk dapatkan tidur yang berkualiti.


1. Buat jadual  tidur & bangun pada jam yang ditetapkan. Setelah terbiasa, badan akan automatik terbiasa dengan waktu yang ditetapkan.

2. Sediakan ruang tidur yang selesa dan nyaman. Boleh gunakan bantuan seperti pewangi bilik, dan tilam yang lembut.

3. Hindari alkohol & kafein. Hal ini kerana, ia boleh menyukarkan anda untuk tidur.

4. Lakukan senaman ringan sebelum tidur.

5. Elakkan tidur dengan jangka masa yang panjang di siang hari.

6. Elakkan melihat gadjet semasa hendak tidur. Hal ini kerana boleh mengganggu keinginan anda untuk tidur.



Tidur yang cukup
Jumlah jam tidur yang cukup mengikut peringkat umur.



PERHATIAN!!!

- Anda kerap MIGRAIN? SAKIT KEPALA? sampaikan rasa susah nak tidur?? Klik DI SINI untuk langkah MELEGAkan rasa sakit kepala anda.

- Dada rasa sakit ketika tidur? Rasa lenguh badan? Klik DI SINI untuk redakan masalah anda.




p/s : Pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya untuk memudahkan anda menjalani aktiviti hari-hari yang seterusnya. Elakkan juga pengambilan sebarang pil untuk memudahkan anda tidur kecuali setelah mendapat saranan daripada doktor.







Anda mungkin berminat dengan artikel ini :-

1. Kurus Bebas Kolestrol Tinggi?? Anda Salah!!!

2. Tasly Dong Chong Cao – Penguat Sistem Imunisasi

3. Wanita!!!!!!....Awas!!!...Serangan Jantung!!!

Tuesday, January 3, 2017

Kenal Tanda-tanda Strok? Tahniah!! Anda Mampu Mencegahnya!

Strok meragut nyawa
Abah bermain dengan cucu-cucunya di ruang tamu

Abah rebah di ruang tamu!!



Perasaan cemas ketika berhadapan dengan situasi Abah diserang strok adalah pengalaman yang  tak dapat dilupakan. Masih teringat 2 hari lalu, tengah sibuk mengemas dapur setelah selesai kenduri kesyukuran, terdengar suara mak memanggil kami adik-beradik di ruang tamu sebab Abah pengsan.

Kami terkejut, baru sahaja tadi Abah kelihatan sihat bermain dengan cucu-cucunya dan kini Abah terbaring di ruang tamu. Tanpa berlengah, Abang  segera menghantar Abah untuk dibawa ke hospital berdekatan.


Abah diserang STROK !!


Sambil menunggu doktor keluar untuk menjelaskan kepada kami tentang keadaan Abah, kami masing-masing berdoa agar Abah baik-baik sahaja. 15 minit kemudian, doktor dan jururawat keluar dari bilik dimana Abah dirawat.

Kata doktor Abah ada pendarahan dalam otak bahagian dalam, berisiko jika dibedah. Ya Allah !! longlai terasa seluruh badan. Sepatutnya minggu hadapan kami akan berada di Dewan Canselor menyaksikan Angah menerima ijazah di Majlis Konvokesyen. Dan dua hari selepas itu pula, kami sepatutnya akan bertolak ke Bandung untuk bercuti sekeluarga.





Stroke Ringan
Abah diserang strok secara tiba-tiba



"Suami puan mungkin tak boleh bergerak seperti biasa  lagi...." kata doktor kepada mak dan meminta kami bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.


Doktor mengesahkan bahawa Abah terkena Strok. Kami terkejut dan memberitahu doktor bahawa dalam beberapa hari ini Abah kelihatan sihat dan cergas dan bagaimana pula Abah boleh terkena Strok.

Doktor menjelaskan kepada kami bahawa sebenarnya, sebelum seseorang itu terkena Strok, terdapat beberapa gejala yang dapat dirasai oleh pesakit yang dipanggil STROK RINGAN.

Namun, ramai pesakit yang mengambil ringan terhadap tanda-tanda tersebut, dan akhirnya menyebabkan strok sebenar terjadi. Ketika mendengar penjelasan doktor, kami hanya mampu berdoa agar Abah akan sembuh seperti sediakala.



APA ITU STROK RINGAN ?? 


Serangan Iskemik Transien atau Transient Ischaemic Attack (TIA) turut dikenali sebagai strok ringan. Penyakit ini disebabkan oleh terhalangnya aliran darah ke otak, akibat sumbatan yang belaku di pembuluh darah.

Penyakit strok adalah penyakit yang menyerang sistem saraf. Sistem saraf merupakan suatu sistem yang mempunyai fungsi mengerakkan seluruh tubuh dengan melakukan koordinasi dan juga bekerja sama antara sistem tubuh.

Berdasarkan data, sekitar 4 dari 10 orang yang terkena strok ringan kemudiannya menderita strok yang sebenar. Yang membimbangkan adalah setengah daripada kes strok sebenar telah terjadi dalam tempoh waktu 48 jam setelah strok ringan.

Yang lebih parah, lebih dari 65 % orang belum pernah mendengar mengenai penyakit TIA atau strok ringan sama sekali !! Padahal sebenarnya, ramai orang yang berisiko mendapatkan strok ringan tanpa mereka sedari.


SIAPA YANG TERDEDAH DENGAN STROK RINGAN ??




Punca stroke
Pengambilan alkohol secara berlebihan sebabkan anda terdedah dengan ancaman strok

  • Mereka yang ada sejarah penyakit jantung
  • Perokok
  • Mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi atau hipertensi
  • Mereka yang mempunyai berat badan berlebih (Obesiti)
  • Mereka yang memiliki kadar kolesterol tinggi 
  • Mereka yang mengambil minuman alkohol 
  • Mereka yang mengalami fibrilasi atrium atau jenis denyut jantung tidak teratur 
  • Mereka yang mempunyai diabetes


Penyakit strok adalah penyakit yang dapat dikesan dengan gejala penyakit strok kehilangan fungsi otak kerana terhentinya aliran darah ke otak. Strok sebenarnya berada di tangga kedua dari penyebab kematian dengan kadar kematian 18 % hingga 37 %. Penyakit strok ini merupakan salah satu dari penyebab kematian dan juga kecacatan neurologi yang utama.



TANDA-TANDA STROK RINGAN 


Gejala Strok ringan
Tanda-tanda Strok yang perlu diketahui



Strok Ringan dapat dikesan melalui 4 tanda iaitu :


F : Face - Sebelah muka pesakit "jatuh" , dan pesakit tidak mampu senyum dengan betul
A : Arms - Pesakit tidak mampu menggerakkan/ mengangkat tangannya
S : Speech - Pesakit tidak mampu bercakap dengan betul
T : Time - Sekiranya, anda melihat ketiga-tiga tanda tersebut, itulah masanya untuk anda menelefon ambulans dengan kadar yang segera.



Selain daripada 4 tanda berikut, terdapat tanda-tanda lain yang boleh dilihat iaitu:- 

  • Kesukaran untuk bercakap dengan baik
  • Kesukaran untuk memahami apa yang orang lain cuba sampaikan
  • Bahagian mulut & mata kelihatan jatuh
  • Sukar menggerakkan tangan 
  • Pening
  • Penglihatan kurang jelas

LANGKAH PENCEGAHAN

  • Berhenti Merokok
  • Mengamalkan cara pemakanan yang sihat
  • Bersenam
  • Menjaga berat badan
  • Hindari minuman beralkohol
  • Hindari Stress dan depresi

Strok Ringan
Sayangi diri anda dan keluarga! Ambil langkah pencegahan sebelum terlambat !! 






Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini :-