Thursday, October 27, 2016

Healing Crisis ??? Ramai Yang Salah Faham....

Kes 1 

"Saya makan 3 hari, lepas tu saya stop sebab hari tu lepas makan, saya rasa pening sampaikan saya tidak boleh bangun..." Pn Sue, Keningau

Kes 2

" Hari tu saya makan, 2 biji pagi, 2 biji petang, macam yang kena suruh la, terus saya rasa sakit kepala dengan lemah satu badan..tapi saya teruskan ja makan, cuma saya kurangkan,1 biji pagi, 1 biji petang..saya rasa ok sudah. Lepas dua hari begitu, saya cuba makan 2 biji pagi lagi..ok sudah saya rasa..tiada sudah rasa sakit kepala..." Pn Yovita, Penampang.


Kes 3

"Mula-mulal saya makan ok, tapi hari ke 3 saya makan, dari pagi saya hilang selera makan sebab pening, tengkuk belakang saya rasa berat,..jadi saya rehat, tapi saya teruskan saja makan. Lepas dua hari macam tu, baru saya rasa ok sudah...jadi saya teruskan la sampai sekarang..."  En. Jonlin, Kolombong



Kebanyakkan orang akan menjadi cemas dan was-was apabila selepas beberapa hari pengambilan herba ini terjadi simptom seperti sakit kepala, sakit sendi, berasa lemas, badan lemah dan sebagainya.

Lazimnya, jika berlaku keadaan seperti berikut,  seperti berikut jangan khuatir kerana keadaan ini menunjukkan suplemen tersebut telah memberi kesan terhadap masalah tubuh badan anda. 



Apa itu Healing Crisis Process ??


Healing Crisis
Simptom sakit kepala menunjukkan proses penyingkiran toksin sedang  berlaku


Healing Crisis atau Krisis Penyembuhan bermaksud berlaku proses dalam badan yang sedang membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Keadaan ini terjadi kerana telah bermulanya proses  menyingkirkan toksin yang telah lama terkumpul di dalam badan sepanjang kita hidup. 

Semasa proses penyingkiran toksin ini, badan anda akan mengalami beberapa tanda atau simptom yang membuat anda rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Oleh itu, kami sering menasihati kepada sesiapa sahaja untuk meneruskan pengambilan herba ini seperti biasa. Ini kerana kebiasaaannya krisis penyembuhan akan berlaku dalam tempoh seminggu. Namun, jika ia masih berlarutan dinasihatkan berjumpa doktor mungkin terdapat sebarang masalah.




Krisis penyembuhan
Jangan panik sebab itu sebenarnya petanda baik



Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita mengambil nutrien, ia akan bertindak balas dengan oksigen di dalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses PEMBERSIHAN dan PENYINGKIRAN TOKSIN dalam badan  yang telah lama terkumpul.

Proses ini terjadi untuk menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin.



"Keadaan ini dapat digambarkan seperti besi paip yang berkarat, dan bila diletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut"


Akibatnya menyebabkan kita berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru."





Sudah Amalkan Tapi Tiada Perubahan ??



Sekiranya tiada sebarang perubahan pada tubuh badan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti berikut :-

[Tidak disiplin mengamalkannya setiap hari 
[Tidak mengambilnya mengikut dos yang telah disarankan 
[Pengambilan air yang kurang - sebaik-baiknya minum air putih 3liter sehari
[Hentikan Pengambilan 
[Mengamalkan pemakanan seharian yang tidak sihat. 
[Merokok
[Minum minuman berakhohol & minuman bergas
[Waktu tidur dan rehat tidak mencukupi
[Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
[Mengalami masalah emosi seperti terlalu stress
[Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-        mana rawatan mahupun makanan tambahan 





Tanda-tanda & Penyebab Krisis Penyembuhan


Simptom-simptom healing crisis
Antara simptom krisis penyembuhan yang sentiasa dialami seseorang dan penyebabnya



Anda seharusnya berasa gembira sekiranya dengan pengambilan herba ini anda mendapat kesan seperti dia atas, ini kerana usaha anda telah menampakkan kesan. 



CARA MEREDAKAN KRISIS PENYEMBUHAN


Terdapat beberapa cara untuk meredakan krisis penyembuhan. Antaranya :-

[Banyakkan meminum air putih
[] Amalkan gaya hidup sihat
[] Amalkan pemakanan yang sihat
[] Kurangkan dos pengambilan 
[] Selangkan pengambilan
[] Jangan berhenti makan
[Bersabar 
[] Kekal positif



Jadi, jika anda mengalami mana-mana krisis penyembuhan jangan panik dan hentikan pengambilan herba ini dan terus membuat kesimpulan yang ia tidak sesuai dengan anda, Anda Salah! 




Sentiasa Positif untuk hidup sihat
Sentiasa positif untuk hidup sihat




*Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia University





Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini :-

Thursday, October 13, 2016

PADAH OBSES NAK KURUS !!

Proses cuci darah dialis
Bahaya Obses 


Obses Jadi Kurus !!


Adina, 21 tahun seorang yang aktif  bersukan di kolejnya, dia tidak menyangka akan ditimpa kejadian malang selepas dia pengsan semalam. Selepas sahaja pengsan pada malam itu, dia terus dikejarkan ke sebuah hospital swasta berdekatan dan seterusnya menjalani satu siri ujian klinikal.

Adina sedar, semuanya bermula dengan sikapnya yang obses untuk memiliki bentuk badan yang cantik. Dia telah mengambil banyak jenis pil pelangsing yang dibeli secara on-line atas saranan kawan-kawannya . Dia telah mula mengambil pil pelangsing sejak 2 tahun lalu. 


Sepanjang pengambilan pil tersebut, dia memang berpuas hati kerana dalam 2 bulan dia telah hilang 30 kg dan dapat mencapai  bentuk badan yang di idamkan. Namun kini, setelah mendengar kata-kata doktor yang merawatnya, dia sedar bentuk badan yang ideal ini tidak dapat membantu dia.

Buah Pinggang menjadi mangsa !!


Hasil diagnosis mendapati dia mengalami masalah buah pinggang kecut dan penyakit buah pinggang kronik (CKD) iaitu fungsi buah pinggang hilang secara beransur-ansur. Buah pinggang adalah organ penting untuk penyingkiran bahan buangan daripada darah dan mengawal paras cecair air. 

Apabila buah pinggang gagal berfungsi, ia menyebabkan pembentukan toksin dalam darah yang boleh mengakibatkan komplikasi lain. Pengesahan penyakit itu membuatkan ibu bapa dan adik beradiknya sedih memikirkan nasib dirinya itu. Bagi mereka, dia masih muda untuk mendapat penyakit ini dan ibu bapa mengambil masa yang lama untuk menerima keadaan penyakitnya. 



Dialisis proses cuci darah

Adina berkemungkinan tidak dapat berjalan lagi kerana penyakit buah pinggang yang dialaminya adalah ditahap kronik ,” kata doktor kepada keluarganya. 


Sekelip mata rutinnya berubah, apabila perlu menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu. Namun dia juga bersyukur, kerana dia dibantu oleh ibu bapa, kakak dan abangnya. Walaupun terlalu sibuk dengan rawatan, ia tetap memberi semangat kepadanya untuk kembali sembuh.

Sepanjang mendapat rawatan, pakar pemakanan juga sering memberi nasihat kepadanya supaya mengambil makanan berkhasiat dan teratur. Walaupun tidak sembuh sepenuhnya, hidupnya kini semakin baik selepas menjalani dialisis secara teratur. 

PROSES DIALYSIS


Lebih 1,600 pesakit menerima rawatan dialisis di 28 pusat di seluruh negara. Cuci darah atau dialisis (dialysis) adalah suatu proses pencucian darah untuk membersihkan tubuh dari zat-zat limbah yang berbahaya yang terdapat dalam aliran darah. Normalnya, pencucian darah ini secara natural dilakukan oleh organ tubuh kita sendiri iaitu melalui ginjal yang sihat.

Ketika ginjal tidak dapat melakukan fungsi utamanya, maka sesuatu cara perlu dilakukan agar tubuh tetap sihat dan terhindar dari limbah metabolisme yang berbahaya. Kaedah yang sesuai dilakukan adalah menjalani proses dialisis atau cuci darah dengan menggunakan alat bantu atau mesin. 

Cuci darah sering digunakan pada mereka yang berpenyakit gagal ginjal kronik, di mana ginjal kehilangan sebahagian atau seluruh kemampuannya untuk berfungsi secara normal. 

Kenapa seseorang perlu cuci darah?


Jika ginjal berhenti berfungsi, produk limbah metabolisme tidak dapat dikeluarkan, sehingga akan berkumpul dan menimbulkan masalah pada tubuh dengan gejala yang sering muncul berupa:-

[] Muntah
[] Gatal pada kulit 
[Kelelahan ekstrem (lemas) 
[Bengkak pada kaki, tangan dan pergelangan kaki 
[] Koma 

Jenis-jenis Dialisis 


Terdapat dua jenis dialysis iaitu Haemodialysis dan Dialysis Peritoneal. 

Haemodialisis 

Haemodialisis proses cuci darah
Dua jarum dicucuk pada salur darah yang terdapat di lengan

Haemodialisis (HD) adalah sejenis dialysis yang paling banyak digunakan saat ini. Di mana, darah akan di cuci melalui mesin penapis yang dipanggil dialyser. Darah akan dicuci dengan cara dua jarum dicucuk ke salur darah yang direka khas, biasanya ia akan di cucuk pada lengan pesakit untuk setiap rawatan haemodiliasis.

Satu jarum akan mengeluarkan darah; satu jarum lagi akan mengembalikan darah yang telah ditapis ke dalam tubuh pesakit. Jarum tersebut akan dicucuk pada salur darah vena pusat (central venous access)yang diperolehi semasa tiub kecil lembut (dipanggil kateter) diletakkan ke urat besar leher, lengan atau pangkal peha. 



Haemodialisis proses cuci darah
Proses Haemodialysis


Ini memberi laluan atau kemasukan aliran darah sementara. 'Fistula' atau pembedahan mengaitkan salur darah arteri kepada vena untuk memberi ruang masuk kekal ke pembuluh darah. 'Graft' atau hibrid cantuman pula adalah pembedahan meletakkan tiub di bawah kulit, mengaitkan arteri kepada vena. Ini satu lagi jenis ruang masuk kekal ke pembuluh darah.

Setelah jarum di cucuk, darah akan keluar dari badan dan mesin tersebut  akan menapis produk limbahan dan kelebihan cairan seperti ureum dan zat beracun dari tubuh badan. Sekiranya ia tidak dikeluarkan ia kan menjadi racun yang membahayakan badan. 

Seterusnya, darah yang telah ditapis kemudian akan dikembalikan lagi ke dalam tubuh melalui jarum yang telah dicucuk pada badan pesakit. Kebanyakan pasakit akan menjalani proses ini sebanyak tiga kali dalam seminggu (bergantung kepada kes),dan akan berlangsung selama empat jam.


Dialisis Peritoneal 


Bagi dialysis jenis ini, darah akan dibersihkan di dalam badan. Satu tiub plastik lembut(katerer) akan diletakkan ke dalam abdomen (perut) sebagai akses dan cara ini dilakukan melalui pembedahan. Semasa rawatan, kawasan perut (kaviti peritoneal) akan dipenuhi dengan dialisat (cecair pemberih melalui kateter. 

Darah di dalam arteri dan vena akan kekal manakala lebihan cecair dan bahan buangan dalam darah akan keluar melalui dialisat. Dialyzer mempunyai 2 bahagian:-

  • Bahagian 1 : untuk darah.
  • Bahagian 2 : untuk dialisat.



Satu membran nipis memisahkan kedua-dua bahagian ini. Sel-sel darah, protein dan molekul lain yang penting kekal dalam darah kerana saiz mereka adalah terlalu besar untuk melalui membran. 
Bahan buangan yang lebih kecil dalam darah seperti urea, kreatinin, kalium dan cecair tambahan melalui membran dan dikeluarkan dari dalam badan.

Bagi dialisis ini, ia adalah rawatan berterusan, cecair lebihan dan toksin akan dikeluarkan secara berterusan. Biasanya latihan akan diberikan oleh jururawat agar pesakit mampu merawat diri sendiri di rumah. Tempoh latihan bergantung kepada keperluan pesakit dan boleh mengambil masa 3-5 hari untuk difahami.

Bergantung kepada keadaan, pesakit mungkin akan mengambil sendiri bekalan dari hospital. Namun pesakit boleh mengatur sendiri mengikut polisi hospital untuk bekalan dihantar ke rumah. Kebiasaanya juga, pesakit perlu melawat hospital sekali setiap 1-3 bulan untuk pemeriksaan berkala dan bertemu ahli nefrologi.


Terdapat 2 jenis Peritoneal Dialisis:

Rawatan rosak buah pinggang
CAPD dilakukan tanpa menggunakan mesin.


  • Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD)



Rawatan ini dilakukan secara berterusan, tanpa mesin dan dilakukan semasa anda menjalani aktiviti biasa seperti semasa bekerja. Rawatan ini dilakukan dengan memasukkan kira-kira 2 liter cecair pembersih ke dalam perut dan kemudian mengeluarkannya. 

Cara ini dilakukan dengan menyambungkan beg plastik cecair pembersih melalui tiub ke dalam perut anda. Cecair tersebut yang mengandungi sisa dari darah akan mengalir dari perut dan dibuang. Perut anda akan diisi semula dengan cecair yang baharu.



  • Automated Peritoneal Dialysis (APD)
Automated Peritoneal Dialysis
APD biasanya dilakukan ketika sedang tidur



Rawatan APD menyalurkan dan mengeluarkan cecair pembersih dengan menggunakan mesin. Rawatan ini biasanya dilakukan pada waktu malam ketika anda sedang tidur.

Berapa lama setiap rawatan Dialisis?

  • Hemodialisis di pusat dialisis - Dilakukan 3 kali seminggu selama kira- kira 4 jam bagi satu sesi.
  • Hemodialisis di rumah - Dilakukan 4-7 kali seminggu selama 4 jam bagi satu sesi.
  • CAPD - Proses ini dilakukan 3-5 kali dalam tempoh 24 jam. Setiap pertukaran mengambil masa kira-kira 30-40 minit.
  • APD - Proses ini memakan masa selama 10-12 jam.



"SAYANGI BUAH PINGGANG, LINDUNGI JANTUNG ANDA !!"

sayangi buah pinggang






Anda mungkin meminati artikel ini :-

  1. Kenapa herba tidak berkesan?
  2. Kaedah angiogram anda perlu ketahui
  3. Herba jantung no.1 dunia