HTML

Friday, September 23, 2016

Sakit Belakang ??? ...Lakukan perkara ini dengan SEGERA !!!


Jangan abaikan sakit belakang
Sakit Belakang

Setiap kali ibunya mengadu sakit belakang, Farrah akan memujuk ibunya untuk pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Namun, ibunya sering menjawab bagi menyedapkan hatinya, kononnya tulang masuk angin dan rasa sakit akan hilang selepas digosok minyak angin.

Sakit belakang menyerang lagi...


Tiba-tiba semasa sedang sibuk mengemas rumah, sakit belakang ibunya menyerang lagi sehinggakan terduduk kerana tidak dapat menahan sakit tersebut. Melihat wajah ibunya berkerut menahan sakit yang teramat sangat, hanya satu tempat yang muncul dalam fikiran Farrah...HOSPITAL !!!!

Di dalam bilik doktor, ibu Farrah menceritakan sakit yang dialaminya dan kadang-kadang diselangi dengan beberapa soalan daripada doktor. Farrah pasti pertanyaan daripada doktor itu adalah bertujuan untuk mengenalpasti sakit yang dialami oleh ibunya.

Doktor mencatat sesuatu pada kertas dihadapannya, doktor mengesyaki ibunya mengalami Slipped Disc dan menyarankan agar menjalani ujian MRI untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat. Farrah teringat bahawa dia pernah terbaca mengenai ujian MRI tersebut di majalah-majalah namun, dia masih samar-samar tentang ujian MRI atau mesin magnet itu. Farrah bertanya kepada doktor mengenai ujian tersebut.



Lihat Video bagaimana proses MRI dijalankan

Apa itu ujian MRI?


Menurut penjelasan doktor, MRI atau nama penuhnya Magnetic Resonance Imaging  adalah suatu alat diagnostik yang digunakan untuk memeriksa dan mengesan tubuh dengan hanya menghasilkan medan magnet yang lebih besar daripada bumi. Gelombang radio akan digunakan untuk menghasilkan gambaran struktur dalaman badan.

Ujian MRI ini juga akan dilakukan tanpa melakukan pembedahan, tanpa penggunaan sinar X ataupun sebarang bahan radioaktif. Apa yang penting dan wajib diketahui oleh pesakit, semasa menjalani ujian ini, pesakit adalah dilarang membawa sebarang alatan berunsurkan logam kerana dikhuatiri akan mencederakan pesakit.


Ujian MRI
Pesakit dilarang membawa sebarang alatan berunsurkan 
logam ketika ujian MRI

Siapa yang boleh menjalani ujian MRI?

Semua individu boleh menjalani ujian MRI KECUALI individu yang berikut:-

  • Penyelaras denyutan jantung atau injap jantung palsu
  • Implan Koklea, klip selebral, perangsang pertumbuhan tulang
  • Implan elektrod, anggota badan palsu dari bahan feromagnetik
  • Bendasing introcular atau sejarah kecederaan mata
  • Mengandung 

Apakah Fungsi MRI ?


- Mengesan gangguan otak dan sistem saraf, seperti kanser, multiple sclerosis, keadaan tertentu tulang belakang dan stroke.
- Mengesan masalah yang disebabkan kecederaan yang teruk.
- Mengesan masalah yang mempengaruhi tendon.
- Mengesan tulang rawan, ligamen dan sumsum tulang.
- Mengesan kanser pada beberapa organ dan jaringan.


Persedian semasa MRI
Pesakit berbaring di atas katil scan

Persediaan sebelum melakukan MRI :


  • Berpuasa 6 jam sebelum melakukan ujian MRI
  • Tanggalkan sebarang mekap kerana dikhuatiri mengganggu imej yang akan terhasil (pesakit wanita)
  • Memakai gaun hospital
  • Menanggalkan semua barang berunsurkan logam dan barang kemas

Semasa MRI Scan dijalankan :-


- Pesakit berbaring di atas katil scan
- Penyumbat telinga atau headfon akan diberikan kepada pesakit, kerana semasa imbasan dilakukan bunyi ketukan yang kuat akan terhasil
- Pesakit dilarang bergerak-gerak semasa imbasan dilakukan
- Pesakit dapat berkomunikasi dengan doktor melalui interkom 
- Pesakit akan dipantau melalui sebuah monitor




Anda mungkin meminati Artikel ini :-


  1. Apa itu CT Scan
  2. Herba Pembersih Darah
  3. Pemeriksaan Salur Darah