HTML

Thursday, August 18, 2016

Ujian Ct Scan
Ujian Ct Scan


Petang tu Munirah sibuk menyiapkan assignmet yang diberikan oleh pensyarah, tiba-tiba sakit kepalanya datang menyerang lagi!. Entah kenapa, sejak beberapa bulan yang lalu, Munirah sering mengalami sakit kepala dan kekadang ia disertai dengan perasaan loya dan terasa hendak muntah.

Sebelum ini, dia fikir sakit kepalanya disebabkan kurang tidur namun apabila menjadi semakin teruk, Munirah membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor di Pusat Kesihatan yang disediakan oleh pihak Universiti. 

Ketika bertemu dengan doktor, Munirah menceritakan semua simptom-simptom yang dihadapinya sejak beberapa bulan lalu. Doktor yang mendengar penjelasan Munirah menyarankan agar Munirah menjalani ujian CT Scan bagi mengetahui punca sebenar sakit kepala yang dialaminya.

"Ujian CT Scan?" Mendengar saranan doktor, perasaan takut dan cuak mula menjalar kerana memikirkan segala kemungkinan. Memahami kerisauan Munirah,  doktor memberi penerangan mengenai ujian CT Scan tersebut. Setelah berpuas hati dengan penjelasan doktor, Munirah bersetuju menjalani ujian CT Scan kerana dia mahu mengetahui punca sebenar sakit kepala yang dialaminya serta mencari ubat supaya cepat sembuh.


Apa itu CT SCAN?


Computed Tomography atau ringkasnya "CT Scan" adalah sebuah mesin berbentuk lingkaran yang besar untuk memuatkan orang dewasa dengan posisi berbaring. 

CT Scan digunakan untuk mendiagnosis keadaan pesakit dengan menggunakan sinar X dan komputer bagi membantu doktor mendapatkan gambaran dari berbagai sudut kecil dari tulang tengkorak dan otak. Ini dapat membantu mengesan punca sakit kepala yang Munirah alami.

Prosedur kerja dari CT Scan sama seperti kaedah radioterapisinar-X iaitu suatu bentuk radiasi seperti cahaya atau gelombang radio diarahkan pada tubuh. CT imaging yang dihasilkan pada CT Scanner berupa gambar pembuluh darah dan saraf-saraf yang ada di kepala tubuh dalam multidimensional yang sangat jelas. Inilah kelebihan utama CT Scan jika dibandingkan dengan sinar-X biasa. adalah kemampuannya untuk memberi gambar pembuluh darah dan saraf-saraf yang ada di kepala dengan lebih jelas. 


Fungsi CT Scan:-

  • Melakukan diagnosis kelainan otot dan tulang, seperti tumor atau retak pada tulang.
  • Menentukan lokasi tumor, infeksi, atau bekuan darah.
  • Menjadi pandu arah prosedur medik ketika melakukan operasi, biopsi, atau terapi radiasi.
  • Mengesan dan memonitor keadaan dan penyakit tertentu, seperti kanser, sakit jantung, nodul pada paru-paru, dan massa pada hati.
  • Mengesan kecederaan atau pendarahan internal.


Melalui CT scan beberapa penyebab sakit kepala lain yang dapat dikesan seperti:-

- Kanser otak  (Infeksi otak) 
- Hidrosefalus (pembentukan abnormal cecair cerebrospinal di otak)
- Sinus tersumbat (Sinusitis)
- Kecederaan pada bahagian kepala 
- Aneurisma atau pendarahan di bahagian otak

Siapa yang memerlukan CT Scan?

CT scan mungkin diperlukan jika pesakit memiliki hasil pemeriksaan neurologis yang abnormal atau apabila doktor tidak dapat mendiagnosis sakit kepala berdasarkan gejala dan pemeriksaan biasa. CT Scan turut disarankan kepada individu yang mengalami salah satu daripada gejala seperti berikut:-

- Vertigo
- Sakit kepala yang teruk (pening dan migrain) 
- Masalah penglihatan
- Individu yang mengalami Strok atau Lumpuh


Fungsi CT Scan:-

  1. Melakukan diagnosis kelainan otot dan tulang, seperti tumor atau retak pada tulang.
  2. Menentukan lokasi tumor, infeksi, atau bekuan darah.
  3. Menjadi pandu arah prosedur medik ketika melakukan operasi, biopsi, atau terapi radiasi.
  4. Mengesan dan memonitor keadaan dan penyakit tertentu, seperti kanser, sakit jantung, nodul pada paru-paru, dan massa pada hati.
  5. Mengesan kecederaan atau pendarahan internal.


Maka segeralah hubungi doktor apabila:-

  • Sakit kepala terjadi tiba-tiba dan berat. 
  • Sakit kepala yang sekarang lebih parah dibanding sebelum-sebelumnya, terutama bagi yang beruaia 50 tahun atau lebih. Sakit kepala yang disebabkan oleh aktiviti 
  • Sakit kepala disertai demam, kejang, muntah, hilang pertimbangani 
  • Perubahan dalam penglihatan & ucapan


No comments: