HTML

Friday, July 29, 2016

MARA tanggung kos perubatan, bawa pulang Mohamad Saha


MOHAMAD Sahar Mhd Noor terlantar di Charing Cross Hospital di barat London. - Foto ihsan pembaca

KUALA TERENGGANU: Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membiayai sepenuhnya kos perubatan dan penerbangan bagi membawa pulang Ketua Kerani Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Negeri Sembilan, Mohamad Sahar Mhd Noor, yang terlantar di Charing Cross Hospital di barat London. 

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pengurusan Charing Cross Hospital Barat London bersetuju memberi pelepasan dan kebenaran bersyarat untuk membawa pulang Mohamad Sahar pada Isnin ini. 


Katanya, antara syarat ditetapkan ialah menyediakan seorang doktor dan jururawat serta peralatan perubatan termasuk alat bantuan pernafasan dalam pesawat. Oleh kerana Mohamad Sahar masih koma dan memerlukan perhatian rapi doktor dalam penerbangan, peralatan perubatan sama akan digunakan pihak hospital.

"MARA bersetuju menanggung kos kepada hospital dan membawa pulang beliau bersama doktor dan jururawat pengiring," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Stadium Negeri, hari ini. Ismail Sabri berkata demikian ketika mengulas rayuan ahli keluarga Mohamad Sahar yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi, Charing Cross Hospital selepas diserang angin ahmar. 


(BACA ARTIKEL : Stroke Perdarahan Otak)


Mohamad Sahar, 57, dilaporkan diserang angin ahmar sebaik tiba di Lapangan Terbang Heathrow pada 4 Julai lalu ketika dalam perjalanan untuk menghadiri majlis graduasi anak perempuannya, Atikah yang menamatkan pengajian peringkat sarjana.




No comments: