Saturday, July 30, 2016

Jaga kesihatan anda ketika di puncak kerjaya kerana STROK akan memusnahkan kerjaya Anda!!!

Oksigen adalah unsur yang sangat penting bagi otak. Walau berat otak hanya 2.5% dari berat badan seluruhnya namun agar berfungsi normal, otak memerlukan oksigen hampir 20% dari keperluan badan secara keseluruhannya. Jadi bila adanya halangan pengaliran oksigen sedikit saja, dapat menimbulkan gangguan fungsi otak.
Bagi yang berada pada usia 40an dan ketika di puncak kerjaya, jaga kesihatan kerana STROK akan memusnahkan kerjaya anda!


Stroke adalah kehilangan fungsi otak yang disebabkan oleh terhentinya aliran darah ke otak. Jika aliran darah berhenti selama lebih dari beberapa saat, sel-sel jaringan otak yang tidak mendapatkan nutrisi dan oksigen akan mati dan menyebabkan kerosakan fungsi otak secara kekal. 

Sebahagian besar stroke disebabkan oleh penyumbatan dalam arteri yang menuju ke otak yang disebut Stroke Iskemik (non-hemoragik). Hampir 90% stroke adalah iskemik namun sekitar 15% adalah karena pendarahan dalaman atau di sekitar otak, ini disebut Stroke Hemoragik.


Ada dua jenis utama stroke
Dua Jenis Stroke


Kenali dua jenis Stroke:-


1) Stroke Iskemik (BACA ARTIKEL disini : Kenali Isyarat Stroke)


2) Stroke Hemoragik 

Disebabkan oleh pembuluh darah yang bocor atau pecah sehingga menghentikan bekalan darah ke jaringan otak yang dituju. 


Salur darah pecah
Aliran darah ke otak terganggu
akibat pembuluh darah pecah

Apa itu stroke hemoragik (Stroke Perdarahan Otak)?


Stroke Hemoragik atau Stroke Perdarahan Otak adalah stroke yang terjadi bila aliran darah ke otak terganggu akibat pembuluh darah pecah dan berdarah di dalam otak. Otak mengalami pendarahan dan darah akan menekan otak sehingga mengakibat gangguan di seluruh tubuh.

Otak berfungsi bagi mengendalikan tubuh, termasuk gerakan, pertuturan, pemahaman dan emosi. Kerosakan otak akan mempengaruhi fungsi-fungsi ini. Sekitar 14 orang dari setiap 100 pesakit stroke mengalami stroke hemoragik. Kebanyakan mempengaruhi orang tua, tetapi ada juga bagi golongan muda. Gejala-gejala stroke hemoragik adalah lebih serius daripada stroke iskemik.


Dua jenis stroke perdarahan:-


a) Perdarahan intraserebral


Perdarahan intraserebral adalah perdarahan di dalam otak yang disebabkan oleh trauma (cedera otak) atau kelainan pembuluh darah (aneurisma atau angioma). Jika tidak disebabkan oleh salah satu kondisi tersebut, paling sering disebabkan oleh tekanan darah tinggi kronik. Perdarahan intraserebral menyumbang sekitar 10% dari semua stroke, tetapi memiliki peratus tertinggi penyebab kematian akibat stroke.


b) Perdarahan subarachnoid



Ada dua jenis stroke perdarahan
Stroke Hemoragik atau Stroke Perdarahan Otak

Perdarahan subarachnoid (Subarachnoid Hemorrhage-SAH) adalah perdarahan mendadak di celah antara otak dan membran tengah yang membungkus otak. Perdarahan biasanya berasal dari robekan tonjolan abnormal dalam pembuluh darah otak (pembengkakan pada dinding arteri otak) disebabkan oleh tekanan/kemalangan. Perdarahan subarachnoid boleh menyebabkan kecacatan kekal atau kematian. Stroke ini sering terjadi pada wanita dibandingkan pada lelaki.

Rawat stroke Perdarahan subarachnoid melalui pembedahan External ventriculo Drainage (EVD)
Perdarahan subarachnoid (Subarachnoid Hemorrhage-SAH) adalah perdarahan mendadak di celah antara otak dan membran tengah yang membungkus otak.
(EVD) adalah pemasangan kateter kedalam ventrikel lateral melalui lubang yang dibuat pada tengkorak untuk mengeluarkan cairan serebrospinal
Stroke Hemoragik.
(EVD) adalah pembedahan mengeluarkan cairan CSF dari ventrikulostomi untuk mengurangi tekanan darah secara cepat dan stabil

Pembedahan EVD (EXTERNAL VENTRIKULAR DRAINASE)

External ventriculo Drainage (EVD) adalah pemasangan kateter kedalam ventrikel lateral melalui lubang yang dibuat pada tengkorak untuk mengeluarkan cairan serebrospinal yang disebut juga ventrikulostomi. Mengeluarkan cairan CSF dari ventrikulostomi adalah untuk mengurangi tekanan intrakranial secara cepat dan stabil atau yang berkaitan dengan perdarahan sub arakhnoid (sub arachnoid hemorrhage).



Siapa berisiko mendapat perdarahan subarachnoid?


risiko stro
Wanita lebih berisiko terkena SAH

Mereka yang berumur lebih dari 50 tahun dan wanita lebih berisiko terkena SAH. Pengesanan awal untuk mengesan pembengkakan agak sukar, kebanyakan SAH tidak dapat dicegah.

Sekitar 10-15% orang meninggal sebelum mendapatkan perawatan di hospital. Sebanyak 40% meninggal di minggu pertama. Setengahnya sehingga 6 bulan pertama. Selain itu, lebih dari sepertiga mereka yang selamat mengalami masalah pada saraf.


Penyebab perdarahan subarachnoid adalah:

  • Perdarahan dari pembuluh darah bernama arteriovenous malformation (AVM)
  • Kelainan darah
  • Cedera di kepala akibat kemalangan
  • Penyebab tidak pasti (idiopathic)
  • Penggunaan ubat cair darah


Apa saja tanda-tanda dan gejala perdarahan subarachnoid?


Tanda stroke hemoragik
Gejala utama adalah sakit kepala parah mendadak

Gejala utama adalah sakit kepala parah mendadak (sering disebut sakit kepala halilintar). Penyakit ini sering menyerang bahagian belakang kepala. Banyak orang menggelarnya sebagai “sakit kepala terburuk” dan berbeza dengan jenis sakit kepala lainnya.

Gejala-gejala lain meliputi:

  • Kehilangan keseimbangan dan deria rasa
  • Mata silau terhadap cahaya yang menyilaukan (photophobia)
  • Perubahan emosi, termasuk kebingungan dan cepat marah
  • Ngilu otot (terutama sakit leher dan bahu)
  • Mual dan muntah
  • Mati rasa pada bahagian tubuh
  • Kejang-kejang
  • Leher kaku
  • Masalah pada penglihatan

Beberapa gejala atau tanda lainnya mungkin tidak tersenarai di atas. Namun jika ada tanda2 seperti diatas, segeralah mendapatkan rawatan di hospital berhampiran. 


Setiap minit, 4 orang meninggal dunia disebabkan strok!!!


Angka kematian strok di Malaysia sangat tinggi, dimana sekitar seperempatnya meninggal dunia. Namun sebenarnya ada tanda2 iaitu penyakit-penyakit dan keadaan tertentu yang menyebabkan atau membawa kepada stroke atau disebut dengan faktor risiko stroke.

Penyakit tersebut adalah:-
  • Penyakit Jantung
  • Hipertensi
  • Diabetes Mellitus
  • Hiperlipidemia (kadar lipid dalam darah yang tinggi) 


Manakala keadaan yang dapat menyebabkan terjadinya stroke adalah :-
  • Usia lanjut
  • Obesiti 
  • Merokok
  • Jantina (lekaki)
  • Kurang bersenam
  • Kadar kolesterol yang tinggi (hiperkolesterol) 
Proses memulihkan kesihatan penderita stroke sebaiknya dilakukan secepat mungkin, idealnya dimulai 4-5 hari setelah keadaan semakin stabil. Tiap pesakit memerlukan rawatan yang berbeza-beza, bergantung pada keperluan pesakit. Proses ini memerlukan waktu sekitar 6-12 bulan.

Gejala dan penanganan stroke harus segera dilakukan. Kepantasan anda mendapatkan rawatan mampu menyelamatkan nyawa anda dan orang yang anda sayangi!


TASLY DANSHEN PLUS : Harapan Baru Rawat Strok DISINI





Anda mungkin meminati artikel ini :-





Friday, July 29, 2016

MARA tanggung kos perubatan, bawa pulang Mohamad Saha


MOHAMAD Sahar Mhd Noor terlantar di Charing Cross Hospital di barat London. - Foto ihsan pembaca

KUALA TERENGGANU: Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membiayai sepenuhnya kos perubatan dan penerbangan bagi membawa pulang Ketua Kerani Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Negeri Sembilan, Mohamad Sahar Mhd Noor, yang terlantar di Charing Cross Hospital di barat London. 

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pengurusan Charing Cross Hospital Barat London bersetuju memberi pelepasan dan kebenaran bersyarat untuk membawa pulang Mohamad Sahar pada Isnin ini. 


Katanya, antara syarat ditetapkan ialah menyediakan seorang doktor dan jururawat serta peralatan perubatan termasuk alat bantuan pernafasan dalam pesawat. Oleh kerana Mohamad Sahar masih koma dan memerlukan perhatian rapi doktor dalam penerbangan, peralatan perubatan sama akan digunakan pihak hospital.

"MARA bersetuju menanggung kos kepada hospital dan membawa pulang beliau bersama doktor dan jururawat pengiring," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Stadium Negeri, hari ini. Ismail Sabri berkata demikian ketika mengulas rayuan ahli keluarga Mohamad Sahar yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi, Charing Cross Hospital selepas diserang angin ahmar. 


(BACA ARTIKEL : Stroke Perdarahan Otak)


Mohamad Sahar, 57, dilaporkan diserang angin ahmar sebaik tiba di Lapangan Terbang Heathrow pada 4 Julai lalu ketika dalam perjalanan untuk menghadiri majlis graduasi anak perempuannya, Atikah yang menamatkan pengajian peringkat sarjana.




Wednesday, July 27, 2016

Rakyat Malaysia Diserang Strok di Lapangan Terbang Heatrow, London

Serangan strok
Sebaik saja keluarga saya tiba di lapangan terbang,
ayah saya tiba-tiba pengsan dan semuanya berubah selepas itu



Viral kisah seorang rakyat Malaysia yang diserang angin ahmar dan memerlukan dana. Kejadian berlaku pada 4 Julai lalu, bapa kepada empat anak, Mohamad Sahar Mhd Noor 57, cukup teruja untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga disamping menghadiri majlis graduasi anak perempuannya yang menamatkan pengajian Sarjana dari Brunel University, London. 

Bagaimanapun hanya selepas 20 minit beliau keluar daripada Balai Ketibaan Lapangan Terbang Heathrow, Ketua Kerani di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Negeri Sembilan itu, diserang angin ahmar menyebabkannya beliau terlantar di katil hospital sehingga kini.


Ayah pengsan sebaik tiba di lapangan terbang...


"Sebaik saja keluarga saya tiba di lapangan terbang, ayah saya tiba-tiba pengsan dan semuanya berubah selepas itu. Saya panik dan tertekan kerana ayah saya tidak dilindungi insuran perjalanan. Keadaan tambah sukar apabila kami juga tidak mampu menampung bil hospital di sini," kata anak keduanya, Amirah Mohamad Sahar, menerusi laman web Gofundme.

Dalam keadaan terdesak, doktor yang merawat memberitahu yang ayahnya perlu menjalani pembedahan dengan segera.

"Doktor gesa pembedahan dibuat dengan segera. Walaupun berdepan kekangan kewangan, kami tahu yang pembedahan external ventricular drain (EVD) itu sangat penting dan perlu dilakukan untuk mengurangkan tekanan pada otak dan memudahkan pengaliran keluar darah dari otaknya." 



"Selepas tiga minggu ayah sudah boleh membuka kedua-dua matanya dan memberi respon ketika kami bercakap dengannya tetapi kami tidak pasti sama ada dia memahaminya atau tidak," katanya.


rakyat Malaysia diserang strok
Hampir Sebulan Bil rawatan mencecah £46,000 (RM245,764.92)

Menurut Amirah, selepas hampir sebulan menerima rawatan di Charing Cross Hospital, West London, tiga minggu di Unit Rawatan Rapi (ICU), bil rawatan ayahnya mencecah £46,000 (RM245,764.92).

Beberapa hari selepas itu, Amirah mendapat berita bahawa MARA bersetuju untuk mendahulukan wang £30,000 (RM160,281.47) untuk tujuan rawatan.

Bagaimanapun, wang berkenaan masih belum mencukupi untuk menampung bil hospital yang semakin meningkat setiap hari.


(BACA ARTIKEL :- Kenali ISYARAT STROK!)

Amirah kemudiannya memulakan kempen Gofundme dua hari lalu, dan jumlah kutipan telah melebihi amaun yang disasarkan iaitu lebih £27,000 (RM144,253.32) hasil sumbangan rakyat Malaysia dan pelayar internet yang prihatin dari pelbagai negara.

serangan strok rakyat malaysia
Kempen Gofundme mendapat reaksi positf

Kami mahu membawa ayah pulang ke Malaysia


Mereka sekeluarga berhasrat untuk membawa Mohamad Sahar pulang ke Malaysia kerana kos rawatan yang lebih murah namun masih menunggu kelulusan daripada pihak hospital dan Malaysia Airlines Berhad (MAB).

"Ayah sekarang berada di Unit Hyper Acute Stroke (HASU) kerana dia perlu menjalani sesi terapi. Doktor sudah memberi keizinan untuk kami membawa pulang ayah, tetapi dengan syarat dia perlu berbaring di pengusung sepanjang masa dan perlu ditemani doktor serta jururawat"

"Malaysia Airlines pula mencadangkan agar kami membeli beberapa tempat duduk kelas Ekonomi kerana ia antara pilihan yang murah, dan sekarang ini masih menanti maklum balas selanjutnya daripada mereka," katanya. Sementara menanti perkembangan seterusnya, mereka sekeluarga tetap bimbang dengan bil hampir £2,000 (RM10,685.43) sehari, akan meningkatkan kos keseluruhan.



(BACA ARTIKEL :- Stroke Perdarahan Otak)


Justeru dia sekeluarga memohon bantuan rakyat Malaysia mendoakan agar ayahnya sembuh dan dapat membantu mereka dari segi kewangan menerusi https://www.gofundme.com/saharnoor.




Sumber Harian Metro




(BACA :- MARA tanggung kos perubatan, bawa pulang Mohamad Sahar)

Saturday, July 2, 2016

Siapa Bilang Strok Itu Mendadak?....Kenali Isyaratnya!!!

Strok boleh dicegah
STROK BOLEH DIKESAN SEBELUM TERJADI


Penyakit ini sering disebut-sebut sebagai salah satu penyakit yang menyebabkan kematian. Hal ini memang benar, kerana strok memegang kedudukan nombor tiga didunia setelah penyakit kanser dan jantung. Setiap minit, 4 orang meninggal dunia disebabkan strok!!!

Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia. YA, 1 dari 6 orang rakyat Malaysia berisiko mendapat Strok!. Peningkatan kejadian penyakit ini sudah sewajarnya membuat kita berwaspada dan berusaha untuk mencegah terjadinya penyakit ini.


Strok meragut nyawa prof Izzi
Strok meragut nyawa Prof Izzi


Bulan Ramadhan ini kita telah dikejutkan dengan pemergian pakar motivasi yang popular dengan tagline 'renung-renungkan dan selamat beramal', Profesor Madya Md Izuddin Ali. 

Proff Izzi terjatuh ketika selesai Solat di Masjid Al A'la pada 13 Jun lepas. Beliau dibawa ke hospital Sultanah Bahiyah dan disahkan mengalami Strok. Seminggu selepas serangan, Prof Izzi meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada usia 42 tahun.



Bagaimana STROK berlaku ?

Lihat VIDEO di bawah




Strok adalah serangan otak dan ia terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu.Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Jika tidak akan menyebabkan sel otak mati.



Apabila bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami STROK
1 dari 6 Rakyat Malaysia berisiko mendapat Strok


Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan. Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting.

Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Apabila bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami STROK. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak turut menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan berubah.


Serangan strok ini dapat dibahagi kepada dua :-



Jenis strok dan pucanya
2 JENIS STROK

Ischemic strok dan Hemorrhagic stroke
Perbezaan Ischemic strok dan Hemorrhagic stroke


1) Ischemic Strok (cara sebut: iss-KEE-mik)


Ischemic Stroke
Punca Ischemic Stroke


Disebabkan oleh penyumbatan di pembuluh darah sehingga darah tidak dapat mengalir lancar ke otak. Penyumbatan ini terjadi akibat dipenuhi dengan kolesterol dan benda-benda berlemak yang lain yang melekat pada dinding salur darah sehingga pembuluh menyempit. Hampir sebahagian besar kes atau 83% mengalami strok jenis ini.


Ischemic pula terbahagi kepada dua iaitu:-



Strok boleh dirawat
Thrombotic & Embolic Stroke


  • Embolic Stroke

Berlaku apabila salur darah tersumbat pada mana-mana bahagian badan, biasanya yang berada kat jantung, bergerak menuju ke otak.

  • Thrombotic Stroke

Biasanya berlaku pada mereka yang ada kolesterol tinggi iaitu di mana salur darah tersumbat pada arteri yang membawa oksigen ke otak.



2) Hemorrhagic Strok (cara sebut: heh-muh-RAH-jik)



Terjadi bagi pengidap hipertensi
Salur darah pecah


Punca disebabkan pembuluh darah pecah sehingga darah mengumpul di daerah sekitar otak tersebut. Hampir 70% kes haemorrhagic stroke terjadi pada pengidap hipertensi.


Kesan Strok


Strok menyebabkanb kerosakan kekal
Strok menyebabkan Lumpuh

Hilang kawalan akibat stroke
Muka Senget


Bergantung pada tahap penyumbatan dan bilangan jaringan otak yang tersumbat. Kerosakan yang parah boleh menyebabkan kematian, sedangkan kerosakan yang kekal akan menimbulkan banyak gangguan seperti :-


  • Lumpuh di sisi kiri tubuh
  • Lumpuh di sisi kanan tubuh
  • Masalah penglihatan
  • Kesulitan bertutur
  • Hilang memori
  • Hilang kawalan
  • Penurunan kemampuan kognitif



Siapa Bilang Strok Itu Mendadak? Kenali Isyaratnya!


Hasil kajian menunjukkan bahawa 1 dari setiap 3 orang yang mengalami strok, sepertiganya telah mengalami amaran awal dalam jangka 7 hari sebelum serangan sebenar terjadi. Namun sayangnya, ramai yang tidak menyedari itu adalah MINI STROK!

Tidak ramai yang tahu tentang mini stroke, sedangkan sebelum stroke terjadi, tubuh telah memberikan isyarat berupa mini stroke. Satu tanda penting mini stroke adalah Serangan Iskemia Sementara disebut juga Transient Ischemic Attacks (TIA).



Ramai yang tidak menyedari itu adalah MINI STROK!
Ramai yang tidak menyedari MINI STROK


(TIA) adalah petunjuk yang sebahagian otak tidak mendapat darah yang mencukupi dan terdapat risiko berlakunya strok. Tetapi tidak seperti strok yang serius, gejalanya muncul kurang dari 24 jam dan kemudian pulih sepenuhnya.

(TIA) memberikan tanda-tanda amat serupa dengan strok sebenar. Hanya saja penyumbatan (blood clot) tidak lama dan hilang begitu saja. Gejalanya juga muncul kurang dari 24 jam dan kemudian tubuh kembali normal. TIA terjadi biasanya sekitar lebih kurang 5 minit dan ia tidak menyebabkan kerosakan otak secara drastik.

TIA tidak boleh sekali-kali dibiarkan dan perlu dilaporkan kepada seorang profesional perubatan secepat mungkin. Jika Anda merasakan salah satu atau lebih gejala di bawah ini, segeralah ke doktor untuk mendapat perawatan :-


Mini strok boleh dikesan
Awasi MINI STROKE (mati rasa sebelah badan)



1. Mati rasa atau merasa lemas di bahagian muka, lengan atau kaki secara mendadak, terutama di satu sisi tubuh sahaja
2. Kesukaran untuk bertutur, memahami atau bingung secara tiba tiba.
3. Kesukaran untuk melihat dengan satu atau dua mata secara mendadak
4. Kesukaran berjalan, pusing atau hilangnya keseimbangan/koordinasi tubuh secara mendadak
5. Pusing yang timbul secara mendadak tanpa penyebab yang jelas

Merawat Strok


Strok termasuk penyakit kardiovascular yang mempengaruhi peredaran darah ke otak. Apabila terjadi strok, maka bahagian tertentu dari otak tidak mendapat aliran darah atau oksigen yang mencukupi.

Strok boleh dirawat
Pencegahan Awal 

Menurut penjelasan media, penderita stroke masih dapat sembuh secara sempurna asalkan ditangani dalam jangka waktu 6 jam atau kurang dari itu. Namun, bila lewat dari waktu tersebut tindakan yang perlu dilakukan adalah pemulihan. Tindakan pemulihan ini penting untuk mengurangi komplikasi akibat strok dan berupaya mengembalikan keadaan penderita kembali normal seperti sebelum serangan strok.



Tanda-tanda awal serangan stroke
SIGNAL STROK


Dr Ng Yee Sien, konsultan dari Departemen Pemulihan di Rumah Sakit Umum Singapura menyebutkan bahawa usaha untuk memulihkan kondisi kesihatan penderita stroke sebaiknya dilakukan secepat mungkin, idealnya dimulai 4-5 hari setelah kondisi pesakit stabil. Tiap kes Strok memerlukan proses rawatan yang berbeza-beza bergantung pada individu. Proses ini memerlukan tempoh waktu 6-12 bulan.

Strok seringkali menyebabkan penderitanya mengalami stres dan depresi. Untuk itu sokongan dari keluarga, sahabat dan rakan-rakan sangat diperlukan dalam proses pemulihan ini.


HERBA ALTERNATIF 
RAWAT STROKE!!!


Tasly rawat stroke
Pembersih Salur Darah No.1 Dunia



Setiap minit, 4 orang meninggal dunia disebabkan strok

HERBA RAWAT STROK




TESTIMONI  #1 

Strok seringkali menyebabkan penderitanya mengalami stres dan depresi
TASLY DANSHEN PLUS bantu pertuturan Dr.Yusly 

BACA KISAH DR.YUSLY DISINI





Anda mungkin meminati :-