Monday, March 21, 2016

Anda hanya ada satu Jantung, sayangi JANTUNG Anda!

sayangi jantung anda
KAWAL MARAH BOLEH ELAK SAKIT JANTUNG

Tips memelihara kesihatan Jantung

Jantung adalah organ paling penting dalam tubuh kita. Tapi tahukah Anda bagaimana cara yang berkesan bagi memelihara kesihatan organ tersebut?. Di sini saya ingin kongsikan bagaimana cara untuk menjaga kesihatan jantung agar kesihatan kita tidak terjejas dan dapat menjalani hidup yang lebih sihat sepanjang usia.

Cara-cara yang idea adalah seperti berikut :-


1. Perbanyakkan kegiatan spiritual seperti menghadiri kegiatan keagamaan dan meditasi. Kegiatan seperti ini dikatakan dapat menormalkan denyutan jantung dan dapat mengurangkan stress. 

2. Melakukan aktiviti kreatif yang diminati seperti melukis, mewarna atau apa-apa sahaja yang dapat mengekpresikan diri.

2. Menahan marah; marah boleh menyebabkan pembuluh darah mengecil dan seterusnya menyebabkan  jantung berdegup kencang, serta mengentalkan dan menggumpalkan darah. Jadi cuba kawal perasaan marah dengan menarik nafas sedalam-dalamnya dan jauhi perkara yang menyebabkan kemarahan yang terjadi.

3. Fokus pada satu pekerjaan sahaja; Jangan melakukan banyak perkara dalam satu masa, cuba lakukan kerja dengan teratur iaitu melakukan satu perkara sahaja dalam satu masa.



tips jaga jantung
Tonton filem yang gembira baik untuk jantung

4. Hindari menonton berita-berita atau cerita-cerita yang tidak baik supaya suasana hati akan jadi lebih tenang dan baik.

5. Mengawal perasaan; lebihkan kepada kegembiraan dan ketawa kerana pembuluh darah akan lebih relaks dan tenang, serta membantu meningkatkan aliran darah kepada 25%.

6. Tidur yang cukup. Menurut Marwick Mdical School, wanita yang tidur 5 jam atau kurang dalam sehari berisiko 2 kali ganda akan menghidapi hipertensi daripada mereka yang tidur 7 jam atau lebih.

7. Mendengar alunan muzik yang menenangkan dapat melebarkan arteri dan mencegah serangan jantung.



tips menjaga jantung


Anda hanya ada satu jantung, sayangi jantung Anda!


Tips penjagaan jantung DISINI

Friday, March 18, 2016

KENAPA HERBA TIDAK BERKESAN?

Kenapa herba tidak berkesan?
PENGAMBILAN HERBA PERLU IKUT ATURAN


BERKESAN KE HERBA NI?

Mungkin ada sesetengah daripada kita yang mengambil herba bertanyakan soalan ini samaada dalam diri atau kepada teman dan keluarga. Bagi anda yang baru mengambil herba sebaik-baiknya berjumpa dengan herbalis atau perunding kesihatan syarikat bagi mendapatkan cadangan, rundingan, kaedah pengambilan herba yang betul supaya herba yang diambil berkesan malah tidak memudaratkan diri anda.

Ia sama seperti juga kita berjumpa doktor, untuk mengetahui kaedah pengambilan ubat dalam kuantiti yang betul dan masa yang tepat serta mengikut peraturannya.

Seorang herbalis atau perunding kesihatan juga perlu tahu tentang karakter pesakit semasa mencadangkan produk yang sesuai agar proses penyembuhan dan konsultasi berlaku dengan baik. Langkah ini penting kerana dari segi psikologinya, setiap manusia akan memberikan respon yang baik jika dia merasa selesa dengan perawatnya.



(BACA ARTIKEL INI : HEALING CRISIS, APA PUNCANYA?)


Beberapa Sebab Kenapa Herba Tidak Berkesan?



  • MASALAH “MIND SET”


Percaya atau tidak kita sudah diprogramkan untuk mempercayai keajaiban ubatan kimia yang memberikan kesembuhan yang cepat. Ubatan herba tidak lagi mendapat tempat setelah kehebatan ubatan kimia yang sinonim dengan panggilan ubatan moden dan herba dikenali sebagai ubatan tradisional telah membantu melonjakkan lagi kepercayaan terhadap ubatan ini. Jadi masih ramai diantara kita yang mempunyai perasaan ragu-ragu dan seolah-oleh terpaksa apabila disyorkan ubatan ini. Maka secara automatik ubat herba yang diambil tidak berkesan apabila otak kita telah setkan bahawa ubat herba ini tidak dapat mengubati penyakit kita.



  • TEKANAN ATAU STRESS


Tahukah anda jika anda stress atau tertekan, anda telah memusnahkan vitamin C yang ada dalam badan anda kerana itulah orang yang stress akan kelihatan cepat tua. Bukan itu sahaja herba tidak dapat bertindak balas dengan baik kerana wujudnya tekanan-tekanan dalam diri. Kelenjar Adrinalin dalam tubuh akan mengeluarkan hormon kortisol yang akan meningkatkan tekanan darah dan kadar gula dalam darah dan menurunkan tindak balas imuniti(pertahanan)badan. Akibatnya berlaku malabsorption (tiada penyerapan) terhadap nutrien yang masuk ke dalam tubuh. Jadi sebarang herba yang masuk tidak dapat bertindak balas untuk memberikan manafaat kepada kita.



  • PENGAMBILAN AIR YANG TIDAK MENCUKUPI



Herba gagal berfungsi tanpa air yang mencukupi dalam badan. Air seperti pelincir kepada badan kita. Ramai juga beranggapan pengambilan air mereka mencukupi kerana telah meminum air kopi radix,air kordial Rossele atau apa-apa air yang lain dalam kuantiti yang banyak sepanjang hari,sedangkan tubuh kita lebih banyak memerlukan air putih untuk membantu pergerakan nutrien dalam badan,pengawalan suhu badan,pencernaan dan semua aktiviti badan.

Kenyataan ini bukan bermakna anda perlu mengurangkan pengambilan air kegemaran anda, tetapi anda perlu tahu bahawa air berwarna atau bercampur bahan lain seperti kopi atau apa saja akan diproses seperti makanan pepejal yang kita ambil contohnya nasi, mee, roti dan sebagainya. Pengambil herba perlu mengambil sekurang-kurangnya 2 liter untuk perempuan dan 2.5 liter untuk lelaki dalam sehari. Bagi pengambilan herba diuretic(mengaktifkan buah pinggang untuk pengeluaran air kencing) keperluan air putih sangat perlu dititik beratkan. Keperluan ini semakin penting dengan berlaku peningkatan suhu dunia yang semakin panas.



  • PENGAMBILAN YANG TIDAK BERTERUSAN


Seperti yang anda semua sedia maklum, herba bertindak balas agak lambat berbanding ubatan kimia. Proses pemulihan juga berlaku dengan lambat dan berperingkat. Kerana setiap penyakit yang berlaku dalam badan kita juga terbentuk daripada satu proses yang lama contohnya sakit asma ia bermula dengan peradangan paru-paru hingga menghasilkan mucus yang banyak, pengecutan brokiol akhirnya mengganggu pernafasan hingga mencetuskan penyakit ini.

Ia terbentuk dalam satu tempoh masa yang lama jadi secara logiknya sistem penyembuhan juga mengambil masa yang lama. Inilah keistimewaan herba yang akan memulihkan hingga kepada punca penyakit bukan kepada simptomnya. Jadi, kesabaran dan istiqamah adalah sangat perlu bagi pengambil herba.



  • PENGIKATAN DAN PEMBUANGAN

Ini merujuk kepada kaedah pengambilan herba yang salah ataupun pengambilan herba bersama ubat-ubatan lain boleh membentuk ikatan kimia yang tidak dapat diuraikan dan terus disingkirkan oleh tubuh. Perlu diingat bahawa herba mempunyai dinding solulose yang menyimpan khasiat herba,jadi untuk menguraikannya perlu melalui proses sinergi,rebusan dan lain-lain.

Di dalam Perubatan Jawi kita memberikan teknik-teknik untuk menggunakan herba dengan lebih berkesan kerana itulah sangat penting bagi pengamal herba untuk mengetahui cara pengunaan herba yang betul. Contohnya, pengambilan shark cartilage tidak boleh diambil dengan herba yang lain kerana herba ini bersifat fat bonding dan akan menyingkirkan racun yang masuk ke badan termasuk herba yang masuk bersama.


  • DOS YANG TIDAK MENCUKUPI

Dos yang mencukupi akan memberikan isyarat kepada badan seperti peningkatan suhu badan dan sengal-sengal tubuh. Ini menunjukkan tindakbalas herba yang mencukupi dengan keperluan tubuh. Jika dos yang diambil tidak mencukupi,ia tidak akan memberi kesan kepada tubuh. Ukuran dos untuk pengambilan herba adalah berdasarkan berat badan 10kg bersamaan 1 gram herba (mengikut herba yang diambil).


Merokok juga membahayakan kesihatan
Merokok penghalang kepada keberkesanan herba


  • MEROKOK

Merokok adalah penghalang kepada keberkesanan herba di dalam badan anda. Herba tidak dapat memulihkan diri pesakit andai racun terus ‘dimasukkan’ke dalam badan. Bayangkan asap rokok sahaja mengandungi lebih 4000 jenis bahan kimia yang sangat merbahaya baik kepada perokok,mahupun penghidu(perokok pasif).





Anda mungkin meminati artikel ini





Wednesday, March 16, 2016

LELAKI BANYAK ISTERI BERISIKO SAKIT JANTUNG!

lelaki beristeri 4
LELAKI yang berpoligami mempunyai lebih bebanan rumah tangga baik dari segi kewangan mahupun emosi. – Gambar hiasan


GOLONGAN lelaki yang mengamalkan poligami berisiko untuk menghidap penyakit jantung koronari empat kali ganda lebih tinggi daripada lelaki yang mempunyai seorang isteri. “Setiap isteri perlu dilayan sama rata dan dalam hal ini, ia boleh mengundang stres jangka masa panjang kepada suami. Tekanan ini sekali gus meningkatkan risiko menghidap penyakit jantung koronari.”


Hasil penyelidikan yang dibentangkan pada Kongres Kardiologi Asia Pasifik menemukan hubungan antara peningkatan jumlah isteri dengan penyumbatan arteri pada bahagian jantung. Menurut Dr. Amin Daoulah, salah seorang penyelidik dan pakar jantung di Pusat Penyelidikan dan Hospital Pakar King Faisal Jeddah, lelaki yang mengamalkan poligami mempunyai lebih bebanan rumah tangga baik dari segi kewangan dan emosional.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Biology Letters itu turut dijalankan ke atas 687 lelaki berusia dalam lingkungan 59 tahun yang menjalani pemeriksaan jantung di lima buah hospital di sekitar Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu.



Beristeri empat risiko sakit jantung
STRESS MENYEBABKAN SERANGAN JANTUNG


“Kami dapati lelaki yang berpoligami mempunyai risiko empat hingga enam kali ganda lebih tinggi menghidap penyakit jantung koronari selain terdedah kepada risiko sehingga tiga kali ganda lebih tinggi untuk menghadapi masalah arteri tersumbat,” jelasnya.

(Artikel berkaitan : Herba Penawar Jantung Disini...)

Daripada jumlah itu, 68 peratus lelaki mempunyai seorang isteri, 19 peratus beristeri dua, 10 peratus beristeri tiga, manakala tiga peratus lagi beristeri empat.


Artikel Penuh DISINI