Sunday, January 10, 2016

Serangan Yang Meragut Nyawa !


Tanda awal sakit jantung


Hamdan seorang pengurus besar yang berjaya di sebuah syarikat antarabangsa. Tekanan kerja berlebihan menyebabkan beliau sering bekerja lewat malam dan tidak menghiraukan kesihatan. Menjamu pelanggan syarikat di hotel mewah perkara biasa baginya, ia berlarutan setiap minggu kadangkala hampir setiap hari. Senaman memang jauh sekali, alasan Hamdan “tiada masa”. 

Walau sering dinasihati Suria, isterinya namun Hamdan ambil mudah kesan disebaliknya kerana bagi Hamdan kepuasan adalah lebih penting daripada kesan. Lama kelamaan Hamdan mula menyedari akan perubahan diri dimana beliau merasakan badannya semakin lemah.

Sejak daripada perubahan tersebut Hamdan mula merasakan diri semakin cepat lelah dan sering sesak nafas. Naluri nya mengatakan bahawa berkemungkinan besar diserang asma ataupun kerana terlalu penat. Hamdan ketepikan semua andaian yang bermain difikiran dan terus berkerja.

Kesihatan mula terabai

Minggu berlalu, keadaan kesihatan Hamdan semakin meresahkan dirinya. Semakin hari beliau mula merasakan badan semakin lemah dan degupan jantung semakin laju daripada biasa. Nafas terasa sesak sewaktu baring dan kadangkala langsung tidak dapat melelapkan mata. 

Hamdan sering berasa badannya panas dan terpaksa menggunakan dua buah kipas semasa tidur walaupun ketika hari hujan. Pernah juga terlintas difikiran Hamdan untuk membuat pemeriksaan di hospital tetapi beliau amat takut dengan keputusan yang bakal diperolehi selepas pemeriksaan tersebut. Oleh kerana tidak sanggup menerima keputusan yang bakal diberikan oleh doktor lalu Hamdan mengambil keputusan untuk tidak pergi ke hospital.

Hari itu, Hamdan meminta izin pulang lebih cepat dari pejabatnya. Sejak pagi, Hamdan merasa pusing dan mual. “Abang masuk angin ni,” keluhnya pada Suria, isterinya melalui telefon.

Sebelum tiba di rumah, Hamdan singgah di warung berdekatan lalu memesan bubur ayam serta teh panas untuk mengurangi rasa tak sedap badan yang dideritainya. Sekembali ke rumah, ia menyapu minyak kayu putih ke seluruh badannya, sambil berbaring sehingga terlelap.

Wajah Hamdan kebiruan


Lepas senja, Hamdan belum bangun juga. Suria yang baru saja pulang dari kerja kehairanan kerana rumah masih bergelap. Beliau terus menjenguk ke kamar, ditempat tidur Hamdan sedang tidur meniarap tapi…. suaminya sudah tidak bernafas lagi!. Wajahnya kebiruan, seolah-olah Hamdan menahan rasa sakit sesaat sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. 


Penyakit “TERSEMBUNYI” apakah yang meragut nyawa Hamdan?


Sakit Jantung dan Rawatan


“Bukan setahun dua, sebaliknya sejak 10 tahun lalu kebanyakan mangsa tidak mendapat rawatan pantas dan tepat, selain tidak tahu punca utama serangan penyakit itu,” kata Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Haizal Haron Kamar.

Penyakit yang dimaksudkan itu adalah ‘SERANGAN JANTUNG” penyakit yang telah meragut nyawa Hamdan dan berjuta-juta penduduk di seluruh dunia setiap hari. Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 40,000 kes baru di catat setiap tahun di negara kita dan dianggarkan pada 2030, seramai 23 juta penduduk mati akibat penyakit ini. Ia adalah penyakit “TERSEMBUNYI” yang telah meragut banyak nyawa dan menyebabkan kematian!. 

Kenali Simptom Awal !


Bengkak kaki sering berlaku kepada pesakit yang mengalami kegagalan jantung berfungsi.

Mengenal pasti simptom-simptom tanda serangan yang sering terjadi mampu menyelamatkan nyawa kita dan orang yang kita sayang. Antara tanda2 awal adalah :- 

* Sakit dada
* Sesak nafas
* Pening kepala
* Jantung berdebar, 

Waktu-waktu krisis (golden time) kala serangan itu datang, orang masih belum memahami bahwa itu adalah serangan jantung ringan. Lazimnya ramai yang berfikir itu adalah masuk angin.

Faktor lain yang meningkatkan kemungkinan menghadapi penyakit jantung koronari adalah :-

[] Keturunan menghidap penyakit jantung
[] Berusia 35 tahun ke atas dan berat badan berlebihan
[] Merokok
[] Gagal kawal tekanan darah
[] Hidap penyakit kencing manis
[] Tekanan
[] Kurang bersenam

Dapatkan pencegahan dan rawatan awal!. Pengambilan herba TASLY DANSHEN PLUS sebagai alternatif pencegahan dan rawatan jantung. Terdapat banyak kajian dan testimoni yang telah membuktikan herba ini amat berkesan bagi merawat jantung.


Tasly Danshen Plus herba jantung


DIGUNAKAN SECARA MELUAS SELURUH DUNIA







Anda mungkin meminati artikel ini:-









Friday, January 8, 2016

Pembedahan Pintasan Jantung "Bypass"



penyakit jantung koronari (Coronary Heart Disease - CHD).

Pembedahan Pintasan Jantung


Apabila seseorang menghidapi PENYAKIT JANTUNG arteri koronari (CHD), terdapat pelbagai rawatan bergantung kepada tahap serius penyumbatan tersebut. Doktor akan menentukan rawatan yang terbaik dan salah satu kaedah pembedahan untuk memintas arteri yang tersumbat adalah CABG

CABG adalah operasi pembedahan pintasan jantung @ Coronary Artery Bypass Graft (CABG). Pembedahan ini dilakukan bagi meningkatkan aliran darah ke otot jantung pesakit yang menderita penyakit jantung koroner (Coronary Heart Disease - CHD) akibat penyempitan atau penyumbatan didalam saluran darah.

Apabila saluran darah yang membekalkan darah dan oksigen ke jantung menjadi sempit dan keras ("Pengerasan Arteri"), operasi CABG akan membina pembuluh darah baru, melintasi pembuluh darah jantung yang sempit dengan menggunakan pembuluh darah dari bahagian tubuh lain.


 MACAM NI RUPANYA OPERASI BYPASS!.....

Tak Sanggup Rasa Nak Tengok



Pembedahan Pintasan Arteri Koronari (CABG)

Dalam pembedahan ini, urat darah(vena) akan diambil daripada salah satu bahagian tubuh anda, selalunya di kaki. Ia digunakan untuk memintas bahagian arteri yang sempit atau tersumbat pada permukaan jantung. Urat darah yang diambil itu akan dipotong kepada beberapa ukuran yang pendek. Kemudian, satu pangkal daripada potongan urat darah tersebut akan disambung kepada arteri utama jantung (aorta) yang paling hampir dengan jantung. Hujung urat darah berkenaan pula akan dijahit atas arteri koronari melepasi arteri yang sempit.



perlukah bypass?


Bypass surgeri


Pembedahan Bypass

Pembedahan pemintasan bahagian yang sempit tersebut dapat meningkatkan pengaliran darah ke jantung. Bagi sesetengah pesakit, arteri yang terdapat di dalam dada boleh digunakan selain urat darah di kaki



proses pembedahan bypass



ANTARA PROSES PEMBEDAHAN PINTASAN JANTUNG :-

  • Membaiki atau menggantikan injap jantung bagi membenarkan darah mengalir melalui jantung
  • Memasukkan peranti perubatan ke dalam jantung bagi membantu jantung berdegup dengan betul
  • Menggantikan jantung yang rosak dengan hati yang didermakan (pemindahan jantung)
  • Membaiki kawasan yang rosak atau tidak normal di dalam hati

Bypass juga berisiko!


Menurut Universiti of Chicago Medicine (UCM), mesin pintasan jantung-paru-paru dikaitkan dengan peningkatan risiko. Risiko-risiko ini termasuk strok dan masalah daya ingatan.


Risiko untuk bypass termasuk:

• Jangkitan luka dada (lebih biasa di kalangan pesakit obesiti atau diabetes, atau orang-orang yang pernah membuat bypass sebelum ini)
• Serangan jantung atau strok
• Degupan jantung yang tidak teratur
• Kegagalan paru-paru atau buah pinggang
• Sakit dada dan demam
• Kehilangan ingatan atau "kekaburan"
• Darah beku
• Kehilangan darah
• Kesukaran bernafas

Ada beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil untuk memudahkan kita dan ahli keluarga yang tercinta dari terkena serangan jantung yang teruk.

Antara Langkah2 Pencegahan Penyakit Jantung:-

  • Mengawal Tekanan Darah
  • Selalu bersenam
  • Berhenti Merokok
  • Jalankan pemeriksaan kencing manis
  • Periksa tahap kolestrol
  • Makan banyak sayur atau buah (kaya dengan serat)
  • Kawal berat badan

Pencegahan kesihatan sedari awal serta mengamalkan gaya hidup sihat membantu meningkatkan tahap kesihatan jantung. Bagi yang dah ada masalah jantung mahupun sebagai pencegahan, cubalah herba jantung Tasly Danshen Plus. 

Herba ni lulus KKM, Halal Jakim dan diiktiraf badan dunia dan sah memang telah terbukti secara saintifik. Boleh lihat bukti kajian herba disini.

Mungkin kita dapat menjimatkan puluhan ribu ringgit yang mungkin terpaksa di belanjakan untuk membeli ubat, suntikan atau pembedahan yang mahal pada masa depan. Kita juga boleh mengelakkan masalah kesihatan yang lain secara semula jadi tanpa sebarang kesan sampingan. Bukankah "MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MERAWAT"



herba jantung tasly
TASLY DANSHEN PLUS





Anda mungkin meminati artikel ini:-





Thursday, January 7, 2016

Kisah Tun Mahathir Kena Serangan Jantung (Part 2)


tun mahathir pembedahan pintasan jantung dan heart attack

Diceritakan Oleh Tun M Sendiri 

Kisah disebalik kejadian Serangan Jantung yang diceritakan oleh mantan Perdana Menteri serta negarawan tersohor negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam buku  memoir Tun M ; Doktor Umum  (A Doctor In The House)....sambungan dari bahagian 1

Selepas pembedahan


Dalam proses pemulihan selepas pembedahan, buat seketika saya meracau dan mengalami bermacam-macam mimpi aneh, antaranya menjadi anak seorang Sultan dan bekerja sebagai jurulatih kuda. Kadang-kadang saya berasa seperti berada di tempat lain, misalnya Indonesia, Thailand dan China.

Saya bernafas dengan bantuan mesin pernafasan yang menghalang saya daripada menelan dan bercakap. Malah selepas tiub ditanggalkan daripada tenggorok saya, saya masih berasa seolah-olah ia berada di situ dan sukar menelan buat seketika.

Disebabkan saya tidak boleh bercakap maka saya cuba berkomunikasi dengan menulis, tetapi sukar mengingati huruf yang betul. Keluarga saya memberikan sebuah papan kekunci untuk membolehkan saya menunjukkan huruf-huruf yang saya mahu, tetapi itu pun sukar bagi saya.

Suatu ketika, apabila kehampaan menguasai diri, saya cuba mencabut semua tiub yang ada pada badan saya. Hasmah marah dan mengingatkan saya betapa ramai orang telah bersusah payah bekerja keras menolong saya.

Saya terkena jangkitan selepas dua minggu berada di ICU. Doktor-doktor yang merawat saya tahu bahawa mereka terpaksa membedah saya semula, tetapi bimbang saya tidak bersetuju. Namun, saya memberikan persetujuan dengan harapan ia akan membantu saya segera pulih dan mengakhiri penderitaan untuk cuba tidur bersama-sama segala macam tiub di leher, tangan, belakang dan dada saya.

Kesan selepas pembedahan


Saya dibawa masuk semula ke dewan bedah pada 22 September. Walaupun pembedahan berjalan tanpa sebarang masalah, proses pemulihan sekali lagi sukar. Saya dilanda kemurungan dan berasa sangat tidak bermaya untuk meneruskan usaha pemulihan. Jadi, beberapa orang pelawat dibenarkan menemui saya untuk mengembalikan semangat saya. Mereka termasuklah rakan-rakan menunggang kuda; Mufti Perlis ketika itu, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan bekas doktor peribadi saya, Datuk Dr Zainal Hamid.

Hasmah turut membantu dengan membawa salah satu gambar saya yang paling diminatinya dan sambil menunjukkannya kepada saya, Hasmah berbisik yang beliau telah membawa lelaki itu ke hospital dan beliau akan membawanya pulang semula ke rumah.

Hasmah jarang meninggalkan saya sepanjang berada di hospital. Beliau pulang ke rumah semalam sahaja pada bulan puasa untuk bersama-sama keluarga dan selebihnya beliau bermalam di hospital. Suatu hari, beliau jatuh tertiarap dari kerusinya akibat terlalu penat. Ini menyebabkan keadaan di ICU menjadi kelam-kabut, tetapi Hasmah berkeras mengatakan yang beliau tidak apa-apa dan cuma kepenatan.

Keseluruhannya saya menghabiskan masa 49 hari di IJN sebelum keluar pada 20 Oktober. Saya akui yang ada waktunya saya berasa seperti sudah di penghujung hayat. Malah, dari awal lagi saya sudah tahu apa yang menanti di hadapan. Jadi, pada hari saya dimasukkan ke IJN saya telah memberikan kepada Hasmah nombor kod beg bimbit yang mengandungi dokumen peribadi saya.

Pada suatu ketika, apabila nampak tanda-tanda yang keadaan saya tidak akan pulih, Hasmah terfikir juga untuk membuka beg tersebut. Bagaimanapun apabila beliau memberitahu Mirzan mengenainya, Mirzan berkata yang masanya belum tiba dan eloklah beg itu tidak diusik.

Selepas menjalani dua pembedahan terakhir itu, saya mula memperoleh semula sebahagian besar tenaga saya. Namun, saya tetap mudah penat dan masih kekurangan berat badan. Inilah sekali dalam hidup saya apabila berat badan saya sukar hendak dinaikkan walaupun di negara kita, setiap orang cuba memaksa orang lain makan sehingga tidak boleh bangun.



 A doctor in the house by pm

3 tahun selepas pembedahan


Sewaktu saya menulis buku ini, tiga tahun sudah berlalu sejak pembedahan kedua. Proses pemulihan lebih perlahan daripada pembedahan pertama, tetapi berlaku secara progresif dan saya sekarang sudah cergas sepenuhnya. Saya mula menunggang kuda semula dan menjadikannya kegiatan mingguan. Pada waktu pagi, saya melakukan senaman angkat berat dan juga berjalan kaki apabila cuaca mengizinkan. Kalau tidak, saya akan menggunakan treadmill sahaja.

Pada Februari 2009, saya ke Argentina dan menghabiskan 10 hari menunggang kuda di padang rumput pampas pada setiap pagi dan petang. Saya bekerja di tiga pejabat yang berlainan mulai jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang dan sering menghadiri majlis makan. Kebanyakan waktu hujung minggu saya dihabiskan di luar. Saya juga akan ke luar negara sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk memberi ceramah.

Walaupun sudah dua kali menjalani pembedahan jantung, secara amnya saya menikmati kesihatan yang baik. Ramai orang bertanya berulang kali mengenai stamina saya dan bagaimana saya kelihatan lebih muda daripada usia sebenar. Saya menjawab secara berseloroh bahawa seseorang harus memilih ibu bapanya dengan berhati-hati.

Namun, soalan yang sama terus diajukan. Ramai percaya dan menyebarkan kepada orang lain yang kononnya saya menerima suntikan di Switzerland. Seorang wanita menegur saya di sebuah pasar raya dan bertanya adakah benar saya makan ubat berharga RM5,000 sehari. Ramai juga yang pergi ke farmasi di mana saya membeli vitamin dan mereka akan membeli apa sahaja yang saya beli.

Akhirnya, saya berjanji kepada mereka yang saya akan memberitahu segala-galanya di dalam memoir ini. Soalnya, apakah yang hendak saya beritahu? Orang akan kecewa kalau saya mula bercakap mengenai penjagaan kesihatan dan kebersihan diri. Mereka mahu sesuatu yang boleh menyelesaikan segala masalah serta-merta, tetapi malangnya tidak ada cara seperti itu. Bagaimanapun, ada perkara tertentu yang boleh membantu kita kelihatan lebih muda daripada usia sebenar.


Serangan Jantung yang diceritakan oleh Tun M
Tun Hasmah sentiasa disi Tun M


Nikmati kehidupan cergas


Menjalani kehidupan yang cergas adalah penting untuk semua peringkat usia, terutamanya dalam tempoh persaraan. Setakat yang terdaya, saya cuba mengekalkan rutin kerja. Saya bangun awal untuk solat Subuh. Selepas bersolat, saya bercukur, menggosok gigi dan mandi air suam. Sebelum sarapan, saya membuat beberapa minit pernafasan panjang dan senaman ringan.

Sarapan saya juga ringan sahaja dan kemudian saya memulakan hari dengan menulis. Saya berasa kehilangan kalau tidak menulis sesuatu pada awal pagi. Bagi saya, menulis membantu menggerakkan otak dan menajamkan ingatan. Saya jarang melakukan senaman berat, khususnya pada waktu pagi hari bekerja. Saya menggunakan treadmill sekali-sekala, saya tidak berjalan kaki sekerap yang saya inginkan dan saya tidak bermain golf.

Kegemaran saya adalah menunggang kuda yang saya pelajari ketika berusia 60 tahun. Ia bermula apabila saya dijemput oleh Allahyarham Presiden Pakistan, Muhammad Zia ul-Haq bagi menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan negaranya. Kami pergi ke tempat perarakan dengan kereta dan kemudian menaiki kereta kuda. Kami diiringi oleh pengawal berkuda Pathan yang berpakaian seragam tentera. Saya teruja dengan apa yang saya lihat dan mengambil keputusan untuk membeli dua ekor kuda dari Pakistan. Presiden Zia mendapat tahu hasrat saya lalu menghadiahkan dua ekor kuda itu kepada saya. Maka saya pun mulalah belajar menunggang kuda di Kelab Menunggang dan Polo Selangor.

Perkara pertama yang saya pelajari mengenai kegiatan menunggang kuda adalah duduk tegak dan lurus di atas pelana. Ini sangat penting. Ia bertujuan untuk mengelak kita daripada sakit belakang. Saya fikir, ia turut membantu saya berdiri tegak dan tidak membongkok walaupun usia saya sudah melepasi 80 tahun. Apabila kita bongkok, kita akan nampak tua.

Tidur cukup untuk menjaga kesihatan


Saya juga mempunyai tabiat berjalan seperti orang berkawat. Kebanyakan orang yang berusia 80 tahun umumnya akan berjalan lebih perlahan. Malah, ada yang terketar-ketar dan mengheret kaki. Orang yang lebih muda biasanya suka membantu orang tua bangun, berdiri, berjalan dan memanjat anak tangga. Kadangkala, orang tua pun suka dibantu. Mereka sukakan perhatian dan sikap prihatin anak cucu mereka. Kalau kita membenarkan diri kita dibantu, ia boleh menjadi tabiat. Selagi boleh dan terdaya, eloklah kita cuba mengelak daripada dibantu. Ini membuatkan kita nampak seperti orang muda. Lagipun, ia baik bagi otot dan imbangan kita.

Saya juga cuba tidur secukupnya iaitu enam jam pada waktu malam dan kalau boleh di atas katil yang sesuai. Selepas makan tengah hari, saya akan melelapkan mata selama 15 minit sambil duduk di atas kerusi yang selesa dengan menegakkan kepala. Saya membuat rutin yang sama apabila dalam perjalanan atau jika tidak ada apa-apa yang hendak dilakukan. Melelapkan mata sebentar sambil duduk amat penting. Jika kita berbaring, kita akan bangun dalam keadaan terhuyung-hayang dan tidak dapat bekerja.

Di samping kemampuan saya mencuri masa untuk melelapkan mata buat seketika, pengalaman saya sebagai seorang doktor turut membantu saya bekerja dalam tempoh waktu yang lama ketika menjadi Perdana Menteri. Selepas tidur sepanjang penerbangan, saya boleh terus bekerja. Lagipun apabila melawat negara asing, saya tidak ada masa untuk berehat. Sebaik sahaja turun kapal terbang, saya akan terus bertugas. Kalau nasib baik, bolehlah berehat sebentar sementara menunggu pagi.

Kita mesti bersenang hati 


Yang lebih penting, kita mesti bersenang hati kalau mahu kelihatan muda. Kegembiraan bercinta adalah yang paling nyata. Memanglah sukar untuk berasa gembira setiap masa, tetapi kalau kita bersyukur dengan apa yang kita nikmati setiap kali bangun pagi, kita akan berasa gembira. Memanglah ada masalah yang perlu diatasi dan kesedihan untuk dirasai, namun tentu ada sesuatu yang boleh membuatkan kita gembira. Bagi saya, sejak dulu dan lebih-lebih lagi sekarang, dapat bangun setiap pagi adalah anugerah paling besar.

Jadi, saya tidak ada rumusan khas untuk kelihatan lebih muda daripada usia saya. Orang yang mengharapkan saya agar memberitahu mereka nama bahan awet muda (elixir) untuk kelihatan muda yang saya guna, akan berasa hampa kerana saya tidak ada ramuan itu. Hakikatnya, ia tidak wujud pun.





Kisah Tun Mahathir Kena Serangan Jantung (Part 1)

Serangan jantung Tun Mahathir

Serangan Jantung diceritakan Oleh Tun M Sendiri 

Kisah disebalik kejadian Serangan Jantung yang diceritakan oleh mantan Perdana Menteri serta negarawan tersohor negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam buku  memoir Tun M ; Doktor Umum  (A Doctor In The House).

Sejak bersara daripada jawatan Perdana Menteri pada 2003, saya tidak memperlahankan rentak hidup. Selain memberi ucapan dan ceramah di merata dunia serta menubuhkan pejabat di Yayasan Kepemimpinan Perdana di Putrajaya, saya juga kembali menunggang kuda. Saya melawat Argentina di Amerika Selatan setiap tahun dan menunggang kuda di Banjaran Andes, ada kalanya sampai lapan jam tanpa henti. 

Bagaimanapun, menjelang akhir 2006, iaitu selepas lawatan yang memenatkan ke Arab Saudi, Jepun dan New Zealand serta menghadiri banyak acara di Kuala Lumpur, saya mengalami serangan jantung yang ringan pada petang hari rumah terbuka Aidilfitri anak-anak saya.

Mengadu sesak nafas


Saya berada di rumah pada 6 November apabila berasa sesak dada seperti yang dialami dulu. Hasmah menelefon Datuk Dr Nasir Muda, seorang ahli kardiologi yang merupakan doktor peribadi saya dan pada awal pagi itu, saya dibawa ke IJN. Doktor terus memasukkan titisan ubat ke dalam sistem darah saya. Kemudian, selepas membuat ujian ECG doktor mengesahkan saya mengalami serangan jantung yang sederhana. 

Saya sembuh agak cepat dan pada hari keempat saya sudah boleh duduk di atas katil serta bersedia untuk memulakan kerja. Setiap kali saya meminta alat tulis saya, Hasmah akan menganggapnya sebagai satu petanda yang baik. Walaupun saya pulih dengan agak cepat, jelas sekali yang saya perlu menimbang kemungkinan menjalani pembedahan jantung kali kedua. 

Pembedahan Ke 2


Dalam kebanyakan kes, pesakit akan kekal sihat selama 10 tahun selepas pembedahan pintasan jantung, tetapi saya telah menjalaninya 18 tahun lalu. Doktor saya memberitahu yang saya perlu memutuskan secepat mungkin sama ada mahu menjalani pembedahan kedua atau tidak sebelum keadaan menjadi lebih buruk dan berbahaya untuk membuat pembedahan. 

Saya terpaksa memikirkan dengan mendalam keputusan saya berhubung hal itu memandangkan umur saya sudah pun melebihi 80 tahun. Pada usia itu, proses penyembuhan selepas pembedahan mungkin lebih sukar. Sambil menimbang keputusan sama ada mahu menjalani pembedahan atau tidak, saya mula melakukan satu siri senaman yang bertujuan untuk melancarkan pusingan darah.

Saya juga menggunakan treadmill dan berkayuh basikal, ada kalanya sampai 10km sehari. Hasmah berpendapat bahawa saya agak keterlaluan melakukannya. Bahkan, saya juga mengetahui kemudiannya yang beliau meminta pelatih kuda saya agar mengajar haiwan itu supaya tidak berlari terlalu laju.

Walaupun saya bersungguh-sungguh bersenam, menjelang Mei 2007 saya berasa kaki amat berat dan saya tercungap-cungap apabila menaiki tangga. Pada bulan itu juga kami menganjurkan perjumpaan penuntut kelas 1947 Kolej Perubatan di Bukit Merah, Perak. Kami menghabiskan beberapa hari bersembang sehingga lewat malam. Selesai perjumpaan itu, saya dan Hasmah terbang ke Langkawi untuk bercuti pendek.



BUKU DR M DOCTOR IN THE HOUSE
BUKU MEMOIR TUN M

Serangan Edema Pulmonari (Pulmonary Oedema)

Ketika di pulau itu, saya menderita serangan Edema Pulmonari (Pulmonary Oedema ) yang teruk. Serangan tersebut berpunca daripada pengumpulan cecair berlebihan di dalam paru-paru yang menyebabkan kesukaran bernafas.

Pada hari serangan tersebut, saya berasa penat dan apabila terjaga daripada tidur yang pendek, saya mengalami sesak nafas. Saya menggunakan alat penyedut udara (inhaler), tetapi tidak berkesan. Selepas itu, segala-galanya berlaku dengan pantas - paru-paru saya dipenuhi cecair dan saya amat sukar untuk bernafas. 

Dr Nasir memanggil ambulans, tetapi kemudian membatalkannya selepas memikirkan yang ia akan mengambil masa yang lama untuk sampai. Lalu dia memimpin saya memasuki kereta dan meluru ke hospital. Saya masih ingat yang saya mendengar beliau menyuruh saya bertahan walaupun saya sendiri berasa di antara sedar dan pengsan. Kami berselisih dengan ambulans di pertengahan jalan, tetapi Dr Nasir mengarahkan pemandu kami supaya meneruskan perjalanan kerana beliau sedar yang kami sudah kesuntukan masa. 

Hasmah memberitahu saya kemudian yang beliau menyangka akan kehilangan saya pada hari itu. Di dalam kereta, Hasmah duduk di depan untuk memberi ruang kepada saya dan Dr Nasir. Hasmah hanya dapat meletakkan tangannya dia atas lutut saya dalam usahanya untuk menenteramkan saya.

Di hospital, mereka memaksakan oksigen masuk ke dalam paru-paru saya dan berjaya menstabilkan keadaan saya dalam masa setengah jam. Dr Nasir kemudian menghubungi rakan-rakannya di IJN dan pakar bius, Dr Sharifah Suraya Syed Mohd Tahir terbang ke Langkawi dengan membawa semua peralatan yang tidak ada di Hospital Langkawi.

Menaiki ambulans 


Menjelang waktu itu, boleh dikatakan hampir semua orang Langkawi sudah mendengar apa yang terjadi dan mereka mula berkumpul di hospital. Keesokannya, sewaktu hendak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan dalam usaha untuk melepasi orang ramai yang berada di hadapan hospital, Pengarah Hospital telah menggunakan dua buah ambulans - sebuah untuk membawa saya dan sebuah lagi sebagai 'umpan'. 

Ambulans saya keluar ikut pintu belakang manakala ambulans 'umpan' keluar ikut pintu utama. Apabila saya sampai di lapangan terbang, beberapa orang anak kami tiba dengan penerbangan komersial. Mereka bagaimanapun terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur menaiki pesawat yang sama.

Saya diterbangkan ke Kuala Lumpur menaiki jet swasta. Membawa saya ke atas pesawat itu ternyata sukar kerana tangganya tidak boleh menampung tandu. Jadi saya terpaksa diusung dengan seorang mengampu kepala dan bahu saya manakala seorang lagi mengangkat kaki saya. Disebabkan tidak mahu badan saya membengkok maka pakar fisioterapi saya, Boey Ghod Chee merangkak di bawah badan saya untuk mengampunya sewaktu menaiki tangga pesawat. 

Saya memerlukan oksigen tetapi berbahaya untuk terbang pada paras yang tinggi dengan tangki oksigen berada di dalam pesawat. Oleh itu, pesawat terpaksa terbang pada paras yang rendah sepanjang perjalanan.

Pembedahan pintasan jantung kali kedua


Serangan itu membuatkan saya berasa lemah dan tidak sihat. Saya mula menimbangkan secara serius mengenai nasihat doktor supaya menjalani pembedahan pintasan jantung kali kedua. Pembedahan kedua nanti sudah tentulah mempunyai risiko yang lebih tinggi kerana saya sudah pun berusia 82 tahun. Sebaliknya, kalau saya enggan menjalaninya maka kemungkinan diserang sekali lagi mustahil boleh dielakkan. 


[ARTIKEL BERKAITAN: ‎Kaedah Pembedahan Pintasan Jantung]


Akhirnya walaupun pembedahan pintasan koronari kali kedua tidak memberi apa-apa jaminan, saya memutuskan untuk mengambil risiko. Sekali lagi, latihan perubatan yang saya terima tidak membantu memberikan saya keyakinan kerana saya tahu kemungkinan berlaku kerumitan sewaktu pembedahan adalah besar.

Doktor memberi saya pilihan sama ada mahu menjalani pembedahan di Amerika Syarikat atau Kuala Lumpur. Tanpa ragu-ragu, saya memilih untuk menjalani pembedahan di dalam negara. Sebelum itu, semua orang kenamaan Malaysia berubat di luar negara namun saya perlu yakin terhadap doktor tempatan dan saya tahu, kalau saya sendiri tidak menunjukkan contoh maka orang lain tidak akan percaya kepada perkhidmatan perubatan. Saya bimbang tindakan itu akan menyebabkan orang ramai hilang keyakinan kepada doktor kita. 


IJN membawa masuk seorang pakar perunding dari Klinik Mayo di Amerika Syarikat, tetapi pasukan pembedahan tetap diketuai oleh Dr Yahya dan Dr Rozali sekali lagi. Saya dimasukkan semula ke IJN pada 2 September 2007 dan menjalani pembedahan pintasan kedua pada dua hari kemudian. Bukan Dr Yahya dan Dr Rozali sahaja ahli pasukan pembedahan tahun 1988 yang terbabit dalam pembedahan kedua, malah boleh dikatakan semua anggota pasukan bekenaan, termasuk jururawat dewan bedah juga turut serta. Ada antara mereka telah meninggalkan IJN untuk membuka klinik sendiri, tetapi mereka semuanya kembali membantu.


Friday, January 1, 2016

Herba Tasly Di Iktiraf Antarabangsa US-FDA, Lulus KKM dan Halal Jakim




Herba Pilihan Dunia


“Herba tradisional Cina ini telah menjalani penyelidikan rapi di universiti dan hospital di China, Jepun dan negara-negara lain. Herba ini juga telah diuji dan diluluskan  oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat yang membolehkannya diiktiraf sebagai ubat terapeutik dan di kenali sebagai TASLY DANSHEN PLUS"




Kelebihan Herba Danshen Plus

Kandungan terdiri dari 100% dari alam semulajadi yang telah dipilih dari herba yang terbaik saja. Ia juga merupakan produk pertama yang memiliki kelebihan diantaranya :-

[✔] Tindak balas amat cepat apabila dimakan
[✔] Potensi penyembuhan tinggi
[✔] Mudah dimakan
[✔] Fungsi yang pelbagai
[✔] Tidak ada efek sampingan
[✔] Jika digunakan dalam jangka panjang tidak menimbulkan gangguan pada organ dalaman tubuh kita.

Herba Tasly keluaran Tasly Group telah berada lebih dari 40 negara antaranya ialah Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Afrika, Australia dan Asia.


(Artikel Berkaitan : Kenali US-FDA)






TASLY Group telah menubuhkan 8 cawangan profesional, 4 cawangan luar negara dan 191 pejabat di serata 40 negeri di China.

Dari bermulanya penubuhan Tasly Group telah mencapai bermacam-macam kejayaan dan pengiktirafan dari segenap pelusuk dunia antaranya:

  • 9 hb Disember 1997, Danshen Plus Capsule, produk terulung kami telah berjaya melepasi tahap piawaian dan standard U.S FDA ind.
  • Pusat kajian perubatan Tasly telah ditubuhkan pada tahun 2000 dengan kelulusan kementerian kerajaan China dan Persatuan Doktor-doktor di China.
  • TASLY Group telah berjaya memenangi anugerah Syarikat Enterprise contoh untuk pembangunan Industri Perubatan China.
  • Tembok mural perubatan China, yang diperbuat daripada batu granit yang diukir di kawasan perkilangan TASLY Group telah dicatatkan pada Guinness Of World records
  • 2hb Ogos 2002, TASLY Phamaseutikal Co. Ltd. telah berjaya memasuki senarai dalam Bursa Saham Shanghai dan kami berjaya memperolehi 50,000.000 saham kelas A dengan jayanya.
  • Jabatan Perubatan dari Universiti Peking telah bekerjasama dengan TASLY Groupuntuk menubuhkan 'Peking-Tasly Microcirculation Research Center" pada tahun 2002.
  • TASLY Pharmaseutikal Co.Ltd. telah berjaya memperolehi sijil GMP dari TGA (Therapeutic Goods Administration) Australia yang membuktikan bahawa Tasly Pharmaseutikal Co. Ltd. telah berjaya mendapat nama di negara-negara maju.
  • Pada tahun 2004, Tasly telah menubuhkan ladang herba pertama di shangluo, Daerah Shanxi, dan merupakan syarikat yang pertama memperolehi sijil GAP di China. 
  • Tasly Phamaseutikal Co. Ltd. telah menubuhkan sistem pengurusan yang moden, berskala besar dan saintifik selari dengan kehendak ISO9001:2000 dan status GMP untuk produksi pengeluaran.
  • Pada tahun 2005, Tasly Group telah diiktiraf sebagai ' CHINA TOP 500' dan 'THE MOST ADVANCED MANUFACTURING PLATFORM'.
  • Pada tahun 2003, Tasly Group telah dinilai sebagai 'THE MOST VALUABLE INVESTMENT ENTERPRISES'.
  • Pada Oktober 2005, Tasly telah diiktiraf sebagai ' FAMOUS CHINESE TRADEMARK'.
  • Pada tahun 2005,Tasly diiktiraf sebagai 'TOP TEN BEST DIVIDENDS LISTED COMPANIES'.





PROFIL SYARIKAT




TASLY Group telah menjadi model kepada Perubatan Tradisional China (TCM) dan menerajui lebih dari 6000 TCM di negara China. 

TASLY Group juga satu-satunya yang mempraktikkan amalan 6G (GLP, GCP, GAP, GEP, GMP dan GSP). 





















Kajian di Universiti Keio Japan menggunakan kaedah
 "Satelite Mapping Technology" (80,000x zoom)
Tasly Danshen Plus melancarkan saluran darah selepas pengambilan 30 minit 





KAJIAN R&D SELURUH DUNIA













SIJIL-SIJIL PENGIKTIRAFAN






BUKU KLINIKAL DANSHEN PLUS






TASLY DI AUSTRALIA 








PENGIKTIRAFAN MALAYSIA









LULUS KKM








200 juta pengguna di dunia


Danshen Plus herba semula jadi lebih selamat dan mempunyai banyak kelebihan, berbeza dengan ubat-ubatan moden yang memiliki satu kebaikan tetapi banyak kesan sampingan. Ia sebenarnya berfungsi merawat bukan hanya menyembunyikan simptom.

Merawat Sakit Jantung Dengan Cepat Dan SANGAT BERKESAN!


Sila bagi diri anda satu peluang untuk mencuba TASLY DANSHEN PLUS. Anda boleh menjimatkan puluhan ribu ringgit yang mungkin anda perlu belanjakan untuk membeli ubat, suntikan atau pembedahan yang mahal pada masa depan. Anda juga boleh mengelakkan masalah kesihatan yang lain secara semula jadi tanpa sebarang kesan sampingan. 

"MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MERAWAT"



Anda mungkin meminati artikel ini :-


Saluran Jantung Saya Tersumbat



Mengapa Jantung Tersumbat?.


Punca sumbatan disebabkan oleh kandungan kelestrol yang tinggi dalam salur darah lalu menyebabkan saluran darah menjadi sempit.


Penyelesaiannya?

Tasly Danshen Plus dan Tasly Dong Chong Coa membantu mengurangkan sumbatan pada Jantung.


Berikut adalah testimoni :


Masalah : Saluran Jantung Tersumbat & Darah Tinggi

Saya Elamantha, umur 61 dari Teluk Intan, Perak, saya mengalami masalah tekanan darah tinggi sejak 1998.


  • Saya telah pergi ke rumah sakit umum Teluk Intan (GHTI) untuk rawatan dan para doktor memberi saya tablet-tablet yang saya mesti makan secara teratur.


  • Pada bulan Julai 2006, dada saya sakit dan saya pergi lagi ke GHTI untuk pemeriksaan lalu saya diberi ubat bagi melegakan sakit untuk sementara.


  • Disember 2006 saya mengalami serangan jantung yang sangat menyakitkan. Saya pergi semula ke GHTI lagi dimana saya amat terkejut apabila doktor memberitahu salur darah ke jantung saya mengalami sumbatan.


  • Bagi meyakinkan diri, saya pergi membuat pemeriksaan selama 3 hari untuk memastikan samada jantung saya tersumbat dan ia ternyata benar.


  • Pada hari ke 4 saya mula mengambil beberapa ubat yang dibekalkan kepada saya.


Setelah seminggu kawan perkenalkan herba Tasly.

Saya mula mengambil Tasly Danshen Plus dan Tasly Dong Chong Coa bagi membantu mengurangkan sumbatan pada Jantung. Saya disarankan mengambil  dua kapsul setiap pagi & petang (2 Kali sehari) secara konsisten.


  • Pada bulan Februari 2007 saya pergi untuk pemeriksaan angiogram di GHTI dan amat terkejut dengan keputusan yang luar biasa


"TIDAK ADA TROMBUS YANG DITEMUKAN, PARU-PARU SIHAT, TEKANAN DARAH NORMAL & SALUR DARAH TELAH LANCAR"






Saya bersyukur pada Tuhan dipertemukan dengan herba ajaib ini.


TASLY DANSHEN PLUS DAN TASLY DONG CHONG COA
HERBA AJAIB




Bagaimana merawat darah tinggi dengan selamat

➤ Mak tak perlu bypass