HTML

Saturday, December 19, 2015

12 Gejala Awal Serangan Jantung




Sakit Jantung pembunuh nombor 1 didunia yang telah meragut banyak nyawa. Serangan sakit jantung boleh datang secara tiba-tiba. Amat penting untuk mengetahui gejala awal sakit jantung sebagai langkah pencegahan sebelum terlambat!.

Cegah Sakit Jantung!

Kadangkala kita sangkakan diri kita sihat tetapi sebenarnya kita mempunyai peluang 50-50 dalam mendapat Sakit Jantung. Berikut adalah gejala awal sakit jantung yang tidak diketahui ramai sebagai amaran dan pencegahan:-

1. Kegelisahan – Ramai mangsa sakit jantung yang pernah melalui serangan sakit jantung mengatakan bahawa mereka alami kegelisahan yang pelik sebelum serang jantung berlaku.

2. Ketidakselesaan di dada – Kesakitan atau ketidakselesaan pada bahagia dada adalah gejala awal sakit jantung sebelum berlaku serangan sakit jantung yang sebenar.

3. Batuk – Batuk yang berterusan mungkin menandakan bahawa jantung anda sedang mengalami masalah.

4. Pening - Kerap pening atau sakit kepala tanpa menentu.

5 . Letih atau Lesu – Keletihan yang luar biasa yang berterusan untuk beberapa hari atau minggu mungkin merupakan gejala awal sakit jantung yang perlu diberi perhatian.

6. Loya dan Kurang Selera – Jantung yang mula membengkak akan mengganggu sistem pencernaan dan menyebabkan kehilangan selera makan.

7. Kesakitan yang pelik di bahagian-bahagian lain badan.

8. Denyutan nadi yang tidak sekata

9. Mengalami sesak nafas atau susah untuk bernafas

10. Pepeluhan yang luar biasa (peluh sejuk)

11. Bengkak atau sembab pada bahagian tertentu badan

12. Kerapa merasa Lemah dan Keletihan walaupun tidak melakukan ativiti berat

Jika anda mengalami lebih daripada 6 gejala diatas, maka kemungkinan besar badan anda bakal mengalami serangan sakit jantung. Sila dapatkan rawatan awal sebelum terlewat!.





Anda mungkin meminati:-

  1. Dapatkan Disini Herba Yang Merawat Sakit Jantung Dengan Cepat Dan BERKESAN!
  2. Kenali Strok & Pencegahan
  3. Mak tak perlu buat bypass



No comments: