HTML

Monday, November 23, 2015

Rebah Di Usia Muda Akibat Serangan Jantung!

usia muda sakit jantung
SINDROM SUDDEN DEATH

KETIKA bersukan, tiba-tiba Zamri rebah dan tidak sedarkan diri. Beberapa minit kemudian, lelaki berusia 30-an itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung!.

Pemain Bolasepak Belgium, Tim Nicot 23 Tahun Meninggal Dunia Diserang Sakit Jantung!.

FAKTA : Penyakit Jantung Bukan Lagi Penyakit Orang Tua!


Ironinya, mereka mempunyai tubuh badan yang sihat serta mengamalkan gaya hidup yang juga sihat seperti gemar bersukan dan tidak merokok.

Namun kebanyakan mangsa rebah menyembah bumi tanpa sebarang amaran dengan peluang yang tipis untuk diselamatkan. Langsung tiada penjelasan kenapa ia berlaku!.





Pemain Bolasepak Belgium, Tim Nicot 23 Tahun 


SUDDEN DEATH


Sering menjadi tanda tanya di kalangan kita apabila mereka yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, tiba-tiba dilaporkan meninggal dunia kerana diserang sakit jantung.Malahan penyakit jantung yang sering dikaitkan sebagai penyakit orang tua, kini semakin banyak dialami orang muda seawal usia 30-an.

Perunding Kardiologi Hospital Pantai Klang, Dr Suhaimi Osman, berkata faktor genetik mendedahkan seseorang kepada penyakit pembunuh nombor satu di Malaysia ini.


SUDDEN death - sindrom kematian mengejut di kalangan orang dewasa  gemar meragut nyawa khalayak yang muda belia, sekitar umur 30-an.
 GENETIK ANTARA PENYEBAB SAKIT JANTUNG

“Walaupun banyak faktor boleh menyebabkan sakit jantung, sering kita lupa ialah faktor sejarah keluarga kerana mereka yang mempunyai ahli keluarga menghidap sakit jantung, mempunyai risiko besar mendapat penyakit berkenaan.

Faktor lain yang mendedahkan seseorang kepada penyakit berkenaan ialah merokok (risiko paling tinggi), diabetes, kolesterol dan tekanan darah tinggi.


FAKTOR GENETIK 


“Impak mendapat sakit jantung bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga sama dengan pesakit jantung yang disebabkan amalan merokok."

“Individu yang mempunyai sejarah keluarga berisiko tinggi jika bapanya mendapat sakit jantung pada usia muda iaitu ketika berusia tidak sampai 50 tahun atau ibunya diserang ketika berusia kurang 55 tahun."


Gejala-gejala SUDDEN DEATH SYNDROM

* Susah bernafas (nafas tercungap-cungap)
* Sakit dada, kebiasaannya berlaku ketika melakukan aktiviti fizikal
* Berdebar-debar, jantung laju dan tidak seragam
* Sakit kepala 
* Pitam.

Jika anda mengalami salah satu daripada gejala-gejala di atas, tidak bermakna anda mengalami SDS. Namun anda disarankan merujuk kepada pakar jantung.
Anda mungkin meminati artikel :-











No comments: