HTML

Tuesday, November 24, 2015

“Bahaya” Jantung Terhenti Tiba-Tiba!


jantung terhenti-sindrom sakit jantung


Tiba-tiba beliau menunduk ke depan, wajahnya berkerenyut kerana kesakitan dan beliau terus rebah di atas padang. Kematian mengejut seperti ini bukan kes terpencil bagi mereka yang sebelum itu kelihatan begitu sihat. 

'Cardiac Arrhythmia (SCA) berlaku apabila jantung terhenti tiba-tiba, dan merupakan antara punca kematian paling lazim di negara-negara maju!.

Ia merupakan satu masalah perubatan dengan 350,000 kematian setiap tahun di Eropah dan menjejaskan lebih 400,000 orang di Amerika Syarikat, dan mewakili 63 peratus daripada kesemua kematian yang berkaitan dengan jantung di Amerika Syarikat.

Sindrom Jantung Terhenti (SCA)

Menurut Pengarah Unit Elektrofisiologi & Perentakan, Institut Jantung Negara Kuala Lumpur, Dr Razali Omar - 'cardiac arrhythmia', iaitu fungsi jantung terhenti dengan tiba-tiba (SCA) membawa ancaman besar kepada semua.

"SCA bukan serangan jantung yang dilihat sebagai masalah saluran darah tersumbat yang seterusnya menghalang aliran darah ke seluruh badan. Kekurangan darah menyebabkan otot jantung dan tisu granulasi (scar tissue) mengalami kerosakan kekal.


LIHAT VIDEO DIBAWAH




PEMBUNUH SENYAP

Bukan seperti kebanyakan masalah jantung yang boleh dikenalpasti melalui simptom-simptom lazim, SCA merupakan pembunuh senyap. Saringan fizikal atau kecergasan lazimnya tidak dapat mengesan ciri-ciri yang boleh menyebabkan SCA, oleh itu ia juga boleh berlaku kepada individu yang sihat dan aktif tanpa sebarang rekod penyakit jantung.

PERLU BELAJAR CPR


Setiap saat penuh bermakna bagi mereka yang berisiko tinggi mengalami SCA. Melihatkan ketiadaan simptom, pencegahan merupakan pilihan berkesan dalam mengurangkan statistik bagi kematian SCA.







Anda mungkin meminati artikel ini :-




No comments: