Tuesday, February 17, 2015

Apa Itu Kolesterol

Apa Itu Kolesterol?


SUMBER KOLETEROL DARI MAKANAN

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil “chylomicron”.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan “chylomicron” daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (LDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.



BAGAIMANA KOLESTEROL MENYUMBAT PEMBUKUH DARAH KITA




Kolestrol Penyebab Serangan Jantung


Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung apabila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil “atherosclerosis”.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan “atherosclerosis”, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).


PENYEMPITAN ARTERI DISEBABKAN PLAK

Zarah kolesterol HDL menghalang proses “atherosclerosis” dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.

Pesakit jantung , strok, kencing manis, darah pekat, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, lenguh/ kebas tangan kaki, hujung jari, badan rasa menyucuk nyucuk dan susah tidur  malam

Untuk pengetahuan anda semua kebanyakan penyakit adalah berpunca dari kerosakan saluran darah. Badan manusia mempunyai berjuta-juta salur darah yang sentiasa membawa darah, gas oksigen, gas karbon dioksida, makanan, ubat-ubatan dan lain-lain. 

Ini dinamakan mikroperedaran (microcirculation) ,Setiap bahagian dalam tubuh badan kita dikelilingi oleh mikroperedaran (microcirculation). Setiap unit mikroperedaran itu mempunyai fungsi yang tertentu. Fungsi utama system mikroperedaran adalah untuk membolehkan pertukaran gasdan nutrisi berlaku.

Mikroperedaran pada buah pinggang bertindak sebagai penapis darah. 
Mikroperedaran mengawal pengaliran darah keluar dan masuk dari jantung serta pengaliran darah kepada dan daripada semua organ manusia. Kerosakkan pada mana-mana unit mikroperedaran akan menyebabkan kekurangan darah ke organ-organ terbabit. Ini akan menyebabkan kekurangan bekalan oksigen pada organ terbabit.




Gambar di atas menunjukkan saluran darah dalam badan manusia.



 BAGAIMANAKAH UNTUK MENGETAHUI SAMADA SALUR DARAH ANDA  TERSUMBAT?

  1. Perasaan Tidak Selesa pada Bahagian Dada? 
  2. Berasa Cemas? 
  3. Berasa Menggelabah? 
  4. Sesak Nafas? 
  5. Daya Ingatan Menurun? 
  6. Tidak Tidur Lena 
  7. Sakit atau Pening Kepala? 
  8. Kaki dan Tangan Berasa Kebas? 
  9. Kepala Berat Sebelah? 
  10. Kaki dan Tangan Berasa Kebas?




PEREDARAN DARAH DALAM BADAN MANUSIA




Komplikasi Penyakit Yang Disebabkan Oleh Penyumbatan Salur Darah :-


Sakit Jantung

Sakit Jantung merupakan pembunuh No 1 Dunia Yang Disebabkan Oleh Penyumbatan Salur Darah





Salur darah ke Jantung Telah Tersumbat. Oleh itu darah beroksigen dan zat makanan tidak dapat disalurkan ke Jantung. Sel-sel sedikit demi sedikt akan mati. Penyakit Jantung akan mudah serang kita. 


JANTUNG   (Penyakit Jantung Koronari dan Serangan Jantung)
OTAK          (Strok dan Pendarah Otak) 
GINJAL      (Ginjal gagal berfungsi dengan baik dan Darah Tinggi)
MATA         (Rabun) 
KAKI          (Komplikasi diabetes) 
SARAF       (Kebas dan Lumpuh) 
MATI PUCUK (Lemah tenaga batin)



STATISTIK :


  • 1 dalam 4 orang akan mengidap Kanser dan Penyakit Kronik 
  • 3 Juta rakyat Malaysia dalam golongan Obseiti 
  • 800 ribu rakyat Malaysia mengidap Kencing Manis 
  • Sakit Jantung merupakan pembunuh No 1 Dunia 
  • Kebanyakan orang meninggal dunia disebabkan oleh stress
  • Ramai orang yang mati pucuk tapi malu mendapat rawatan

"SAYANGI DIRI ANDA & ORANG YANG TERSAYANG, RAWAT SEBELUM PARAH, HINDARKAN SEBELUM KENA”


"CEGAH SEBELUM PARAH"


DAPATKAN !!!


HERBA PENAWAR JANTUNG & HINDAR KOLESTROL






 PRODUK TASLY